Jaga Aurat Orang Lain Juga

Sunday, October 11, 2015

Selamat berhujung minggu. Entry ini copy & paste dari facebook tentang menjaga aurat orang lain selain menjaga aurat sendiri. Bukan jaga tepi kain orang tau. Sesambil berehat hujung minggu, boleh baca untuk manfaat bersama.

jaga-aurat-orang-lain-juga
Sesetengah orang tak peduli akan orang lain. Mereka sangat menjaga aurat sendiri, tetapi tak kisah pasal aurat orang lain. Asal gambar mereka tutup aurat sempurna, mereka terus upload tanpa memikirkan aurat orang lain yang turut berada dalam gambar tersebut.
Mungkin kawan kita tu tak kisah pun kalau aurat mereka terdedah atau tak terjaga dengan sempurna. Tapi kita sebagai kawan (at least kalau kita rasa kita sayang kawan kita), lindungilah dia. Lindungilah kawan kita tersebut. Sebagaimana kita tak mahu aurat kita dilihat oleh orang lain, maka kita sepatutnya mempunyai perasaan yang sama, iaitu tidak mahu aurat kawan-kawan kita dilihat oleh orang lain.
Mungkin nampak macam terlalu leceh atau jumud atau close-minded... Tapi...
"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
So the point is: Jaga aurat kawan-kawan kita, sebagaimana kita menjaga aurat kita sendiri. .
p/s: lepas ni check balik gambar-gambar yang pernah diupload di facebook samada gambar sendiri atau gambar orang lain yang kita upload.

4 comments

  1. ha ah... jika kita jaga aurat orang lain, in shaa Allah aurat kita juga akan terpelihara.

    ReplyDelete
  2. perlu berhati-hati dengan apa yang kita sebarkan.
    tq for sharing.

    ReplyDelete
  3. betul tu..nak kena tengok betul2 gambar yang nak di upload tu..bukan boleh upload sembarang je..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.