Petua/Tips Buang Lemak Ayam Dengan Mudah

Saturday, October 10, 2015

Happy saturday semua. Hari ni nak share petua/tips buang lemak ayam dengan mudah. Petua ni warisan berzaman dari mak² kita dulu dan kebanyakkan ada yang dah tahu. Yang rajin masak dah tentu tahu. Yang tak rajin masak pun ada yang tahu juga kan dari mak ke kakak ke kawan ke kan.

Bagi yang baru mula nak belajar masak kenalah amek tahu sikit petua² kat dapur ni. Fiza pun belajar sikit² lah dari perkongsian yang ada. Ayam ni dah kira macam menu wajib setiap minggu mesti ada sehari lauk ayam. Tak mungkinlah hari² nak masak ayam melainkan bukak kedai makanan tu memang masak ayam hari².

Caranya mudah je cuma perlu basuh ayam dan toskan air. Kemudian sapukan tepung gandum pada ayam dengan sekata. Bilas sekali lagi.
petuatips-buang-lemak-ayam-dengan-mudah
Sumber dari dizainasent

Kalau taknak guna tepung gandum, boleh gunakan limau kasturi. Potong limau dah perah sekata pada ayam. Biarkan seketika kemudian bilas. Antara tepung dengan limau, Fiza suka guna limau lagi sebab lebih mudah dan lebih bersih. Bau hanyir pun hilang. Cuma limau kasturi ni kekadang habis stok kat rumah, kenalah guna tepung.

Ada tips lain? Meh share kat kotak komen.

5 comments

  1. yup. org tua2 punya petua la ni.
    kalau gotong royong nk kenduri dulu selalu nampak diorang gaul dengan tepung ayam ni masa basuh .
    and tpung ni pun buat ayam ni tak bau sgt :)
    nice sharing

    ReplyDelete
  2. nice sharing... penggunaan tepung bagus juga untuk hilangkan bau ayam.

    ReplyDelete
  3. akak lebih suka guna tepung je..kalau guna limau tu macam dah rosakkan ayam tu pulak..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.