Baja Organik Dari Kulit Telur

Saturday, October 17, 2015

Kulit telur ni banyak manfaatnya. So, kalau masak telur tu kulitnya jangan dibuang. Kita boleh buat baja organik untuk tanaman dari kulit telur. Baja Organik dari kulit telur ni dapat membekalkan kalsium pada tanah atau pada batas tanah. Dalam masa yang sama untuk menguatkan struktur selular serta membekalkan nutrisi pada tanaman.

http://www.azhafizah.com/


Tak keluar modal melainkanhanya perlu ada kulit telur dan lesung batu ye. Cara membuat baja organik kulit telur ni pun senang je.

1. Jemur kulit telur dibawah sinaran matahari sehingga rapuh tetapi jangan lupa cuci dahulu kulit tersebut.
2. Tumbuk sehingga menjadi halus. Boleh juga gunakan blender khas untuk bahan kering.
3. Hasilnya bolehlah ditabur di atas permukaan pasu atau disekeliling pangkal pokok pada batas korang dan siram air secukupnya.

Mudah sangat dan cara ini boleh menjimatkan kos. Selamat mencuba.

Credit :1Malaysia For Youth

4 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.