Nasi Goreng Ikan Bilis

Monday, October 26, 2015


Selamat pagi isnin! pagi pagi kalau nak cepat siapkan breakfast untuk husband mesti masak nasi goreng ikan bilis jeuntuk heavy breakfast. Bahan bahan yang mudah nak sediakan. Kalau masak nasi goreng ayam ke kena tunggu defrost bagai. Ambil masa pulak kan.

So rencah ikan bilis dan sayur sikit dah memadai untuk heavy breakfast. Ikan bilis letak banyak sikit pun sedap. Biasanya goreng dulu sebab nak lebih rangup makan dan last last nak masak baru goreng sekali. Dulu ikan bilis murah, sekarang dah mahal. Kira nasi goreng ikan bilis ni bukan calang² menu dah. 

http://www.azhafizah.com/

Nak masak pun senang. Blend bawang putih, bawang merah, cili api dan ikan bilis. Goreng dulu ikan bilis selebihnya. Angkat dan asingkan. Tumis bahan blend. Dah garing dan naik bau bahan menumis, pecahkan telur dan kacau. Masukkan sayur, garam, nasi dan last sekali ikan bilis goreng tadi. Dah siap! Kejap sangat masak ni.

4 comments

  1. sedap pulak tgok nsi goreng ikan bilis ni.. nak2 kalau ada cili kicap pulak pergghhh ! kepedasan terangkat hehe.

    ReplyDelete
  2. Waaa bestnya..kak lya pon suka gak letak ikan bilis dlm nasi grg..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.