Wangian Romantic Rose Untuk Dalam Rumah

Sebelum ni Fiza ada kongsikan DIY wangian dalam rumah menggunakan cara tradisional mudah dan menjimatkan. Tapi baunya tak tahan lama so beralih kepada cara moden pulak. Kalau guna cara moden kena keluar modal lebih sikit lah kan tapi InshaAllah tahan lama.

Sebenarnya bukanlah keperluan sangat wangian dalam rumah ni. Cuma bagi Fiza , Fiza lebih selesa dan tenang bila ada terhidu aroma wangi ni. Sambil buat kerja hirup udara segar dan wangi ni sangat mendamaikan gitu.

Kalau kat kampung tu tak perlu ada wangian dalam rumah kot sebab air ventilation system rumah kampung memang bagus. Rumah sentiasa terbuka dan angin masuk. Kalau kat bandar ni, jangan berani sangat nak bukak tingkap pun. Itulah sebabnya Fiza letak wangian ni konon nak dapat udara fresh wangi gitu.

Fiza pilih wangian romantic rose Ambi Pur barulah romantik gitu. Kebetulan warna pink pulak. Double sukalah kita. Masa mula² bukak memang wangi satu rumah tapi dah lama lama ni rasa dah imune dengan bau ni rasa kurang bau pulak tapi kalau ada orang datang sure bau wangi sebab pertama kali bau kan.

wangian-romantic-rose-untuk-dalam-rumah

So far setakat ni lambat habis. Belum sebulan lagi. Kira okaylah kalau dapat pakai sebulan lebih kan. Harga wangian ni bawah RM10. Tak ingat pulak harga yang tepat. Korang bolehlah try romantic rose ni. Memang wangi okay! Gerenti!

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. laa... muja pun salu jugak guna yang ni.. mmg best kot... wangiiii

    ReplyDelete
  2. barulah best kalau masuk rumah bau haruman yang wangi ni kan

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Saya pun suka wangian romantic rose jugak :-)

      Delete
  4. rumah akak pun pakai wangian ni..tapi akak pakai yang dia sembur sendiri tu je..15 minit sekali dia "psssss" ...wangi je bau,..
    dulu pakai yang bau lemon..bila terbau je bau tu mesti teringat masa dok dalam pantang bersalin kat mikhail..hehehe..

    ReplyDelete
  5. memang harum..selalu guna ni dlm kereta..eee

    ReplyDelete
  6. satu rumah baru rose... segar jer kan :)

    ReplyDelete
  7. kalau kuat bau, sy tak minat la, rose ni pun..sedang2, tp sy wangi wangian ni, kejap je gune nye, hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.