Resepi Kuih Buah Melaka

Tuesday, July 01, 2014

Kuih buah melaka atau nama lainnya kuih onde onde memang famous bulan puasa ni kan. Orang nismilan panggil kuih kelompong. Selalunya masa bulan puasa baru rajin nak buat. Takdelah susah mana pun simple sangat resepi kuih buah melaka ni dengan bahan bahan yang simple jugak.

Selalu korang nampak kuih buah melaka warna hijau kan. Tapi fiza buat versi sihatimerahjambu. So bagi warna merah jambu gitu guna pewarna merah. Obses nau dengan pink dia ni. Ni menu kuih untuk berbuka semalam so up untuk entry hari ni, boleh bagi idea kat korang pulak untuk buat petang ni kan.

Jom buat resepi kuih buah melaka mudah ni

Bahan- bahan :
  • Tepung pulut [ikut banyak mana yang nak dibuat]
  • 3 sudu besar tepung gandum [ untuk nak bagi adunan tak terlampau kenyal]
  • 1 sudu pewarna
  • air secukupnya
  • 1 sudu kecil garam
  • gula melaka dipotong dadu
  • Kelapa parut

Cara- cara
1. Masukkan tepung pulut dan tepung gandum dalam satu bekas.
2. Dalam bekas lain campurkan air, pewarna dan garam. Kacau sebati.
3. Masukkan campuran [air,pewarna dan garam] ke dalam bekas tepung.
4. Gaul tepung hingga sebati sehingga tidak melekat, kalau melekat tambah tepung lagi.
5. Setelah adunan sebati dan tidak melekat, ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat dan leperkan.
6. Letak gula melaka di tengah, tutup dan gentel menjadi bulat.
7. Didihkan air dalam periuk
8. Masukkan kuih yang telah siap dibulatkan kedalam periuk dan angkat kuih bila dah timbul dipermukaan air.
9. Angkat dan biarkan seketika dan gaul dengan kelapa parut. Siap!

Mudah sangat kan. Selamat mencuba. Kalau buat suka letak gula melaka lebih. baru sedap rasanya :). kalau beli kat kedai, confirm sikit je dalam tu..sedih =__=' . Buat sendiri lagi puas hati ^__^


25 comments

  1. baru teringat nak buat onde2 nie fiza...rasa tak sempat nak buat..beli je lah...hehe

    ReplyDelete
  2. sedap ! yang penting mesti pink kann...hehehe

    ReplyDelete
  3. Uish.Kemain Pink buah Melaka ! Janji sodapp kan? terliuq ni hukhuk

    ReplyDelete
  4. kita suka biru tp tkut org tak lalu mkn plk.
    mkanan biru, pelik

    buh gula melaka besar, sedap.

    ReplyDelete
  5. kita suka biru tp tkut org tak lalu mkn plk.
    mkanan biru, pelik

    buh gula melaka besar, sedap.

    ReplyDelete
  6. Memang nak buat pun kuih ni, nak tunggu rajin datang. huhu

    ReplyDelete
  7. rasanya kalau balik awal hari ini... sempat juga buat buah melaka nie... sayangnya balik lambat lagi... hu3

    ReplyDelete
  8. nampak macam best :D hehe, tadi jumpa yang kaler hijau kat bazaar

    ReplyDelete
  9. Namapk sedapp tu ..kak Lya biasa buat kaler HIJAU jer hehhe .

    ReplyDelete
  10. waduhhhh mesti pink.. hehehe ok lah tu selalu org buat kaler hijau je kannn hehehe
    akak dah print out recipe Fiza ni utk reference.. nanti klau akak nak buat akak refer kat recipe Fiza :))

    ReplyDelete
  11. Sedapnyerr Onde2 ..kalau bulan poser mmg tak sah tak buat kan ..

    ReplyDelete
  12. Tahun ni x buat lagi... Ingt nk buat juga...

    ReplyDelete
  13. Onde onde pun dah jadi pink. Hahaha. Comel je. Macam kuih sagu pula nampak. :D

    ReplyDelete
  14. perghh..colour pink tu..biasa hijau jer..hehe

    ReplyDelete
  15. hahaha...kita serupa...akak terpikir nak buat inde2 kaler pink

    ReplyDelete
  16. versi pink!! 1st time tgk org buat kaler pink..slalu hijau je..tp aritu ada jiran sy bg kuih macam onde2 tp letak labu...sedap gak..hehe

    ReplyDelete
  17. dah dekat 10 hati puasa....tak jumpa2 kuihnya kat param....huuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.