Custom Made Shawl Murah by Rafhanah's Collection

Friday, July 11, 2014

Custom Made Shawl Murah by Rafhanah's Collection yang exclusive ni memang cantik sangat bila di pakai. Dalam entry yang lepas Fiza ada share pasal Shawl Raya Rafhanah's Collection. Cantik kan dengan potongan yang unik bukan seperti shawl biasa yang panjang tu dan juga bukan potongan shawl halfmoon.

Boleh dikatakan ini shawl express sesuai untuk mereka yang baru nak try pakai shawl tu. Senang je nak pakai pun. Pinkan mengikut bentuk muka dan lilit je. Automatic terus terbentuk depan dan belakang macam gambar yang Fiza pakai kat bawah ni. Nak pin kat bahu boleh taknak pun boleh sebab dah memang terbentuk curve kat bahu tu.

Yang Fiza pakai kat bawah ni pattern shawl ditambah dengan manik tepi tepi shawl tu. Kain jenis chiffon yang senang di bentuk bila pakai. Sesuai sangat pakai dengan baju yang jenis plain/kosong. Jenis pattern pun cantik je kan.

Custom Made Shawl  Murah by Rafhanah's Collection

Plain shawl ni ade dalam 3 jenis material chiffon crepe, crystal chiffon atau satin. Yang Fiza pakai ni jenis satin warna olive green. Siap ada lace dan full beadings okay! Suka suka suka.

Buat pakai raya atau untuk sebarang event memang sesuai. Kalau sesiapa nak nikah tu pakai shawl satin lace with full beadings ni sesuai sangat. Kalau kelam kabut tak perlu nak betulkan bentuk shawl tu. Dah kata shawl express.Pin pin, lilit terus siap cantik je.

Menarik sangat sebab ade lace, full beadings dan satin yang shiny. Meriah raya oiii dengan shawl je..hiks

Custom Made Shawl  Murah by Rafhanah's Collection

Apa yang menariknya dua kedua shawl ni adalah custom made. of course lah limited Edition punya memang tak samalah dengan orang lain. Korang boleh request nak jenis material apa dan warna apa. Bestkan? Harga pulak tu murah je bawah RM50. Mana nak cari murah macam ni? Yang ready made selalunya ada manik dan lace dah lebih RM50. Dan kalau custom made selalunya yang kita tahu adalah Mahal harganya.

Tapi kalau beli kat Rafhanah's Collection ni korang boleh dapatkan harga lebih murah. Jahitan dan jahitan manik pun kemas dan cantik je. Berbaloi je beli :)

Custom Made Shawl  Murah by Rafhanah's Collection

Plain Shawl
Finishing : Full Beadings
Material : Chiffon Crepe/ Crystal Chiffon/Satin
Price : RM45.00
Price After Discount : 10% RM40.50

Pattern Shawl
Finishing : Simple Beadings
Material : Chiffon 
Price : RM35.00
Price After Discount : 10% RM31.50

Cara Nak Order
1. whatsapp/sms/viber 0195327438
2. Berikan code discount BSM1002 ketika membuat tempahan untuk dapatkan 10% discount

Postage Fee : RM6(Sem)/ RM9 (SS)

*Buat tempahan sebelum 13 July 2014 untuk mengelakkan delay penghantaran sebelum raya.

Maklumat lanjut Shawl Rafhanah's Collection

#rafhanahscollection #custommadeshawl

Kalau masih belum beli shawl raya tu atau tengah pening pening nak beli kat mana tu, boleh order kat Rafhanah's Collection request je nak material apa dan warna ikut baju raya korang ye. Best! cepat buat tempahan sebelum tutup okay.

Facebook : Rafhanah's Collection 

17 comments

  1. cantiknya shawl..suka yg plain shawl tu :-)

    ReplyDelete
  2. Akak suka tgk fiza pkai pattern shawl tu...cantik sgt..:)

    ReplyDelete
  3. singgah jumaat
    hari ini anum mc badan x sehat

    ReplyDelete
  4. Cntiknya shawl.. Suka yng kaler hijau tu..

    ReplyDelete
  5. Slm..mcm mna nk oder.. Ni no wasap sy.. 0195088280

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.