Design Flyers, Banner dan Bunting Buffet Ramadhan & Aidilfitri Sumai Hotel

Friday, July 11, 2014

Design Flyers, Banner dan Bunting Buffet Ramadhan & Aidilfitri  untuk Sumai Hotel yang dah lama siap hujung bulan April lepas memang amek masa sikit nak design. Pertama kalinya design untuk company besar memang mencabar kot nak deal! Tapi takpe jadikan sebagai pengalaman dan cabaran untuk lebih maju ke depan.

Bermula dengan draft 4 design Finally pilih design yang ni. Dari design ni menghasilkan pelbagai size banner dan bunting untuk diletakkan di tepi jalan dan luar hotel. Walaupun design lebih kurang sama tapi bila dah di buat untuk size lain memang kena ubah la setiap kedudukan bagi masuk.

Ini Main design untuk Flyers Sumai Buffet Ramadhan dan Sambutan Aidilfitri.

Flyers Sumai Buffet Ramadhan dan Sambutan Aidilfitri Sumai Hotel

Ini untuk print A3
Flyers Sumai Buffet Ramadhan dan Sambutan Aidilfitri Sumai Hotel

Banner untuk direntangkan di tepi jalan. Size 8ft x 5ft melintang
Banner Sumai Buffet Ramadhan dan Sambutan Aidilfitri Sumai Hotel

Ini gabungan Design Ramadhan dan Aidilfitri. Size 8ft x 5ft jugak. Sebenarnya satu design ni , saje letak dua design dalam mock up ni.
Banner Sumai Buffet Ramadhan dan Sambutan Aidilfitri Sumai Hotel

Yang tadi size banner besar ni banner menegak 8ft x 9ft
Banner Sumai Buffet Ramadhan dan Sambutan Aidilfitri Sumai Hotel

Gabungan dari dua design cuma berbeza sikit. Size 8ft x 9ft
Banner Sumai Buffet Ramadhan dan Sambutan Aidilfitri Sumai Hotel

Ini pulak design bunting Size 2ft x6 ft
Bunting Sumai Buffet Ramadhan dan Sambutan Aidilfitri Sumai Hotel

Gabungan design Ramadhan dan Aidilfitri Size yang sama 2ft x 6ft
Bunting Sumai Buffet Ramadhan dan Sambutan Aidilfitri Sumai Hotel

Alhamdulillah siap sebelum puasa dan pihak Sumai Hotel berpuas hati dengan semua design dan ada dikongsikan hasil kerja Fiza lepas proses printing siap. Syukur takde apa error atau apa apa masalah design lepas printing. 



Okay nak promote sikit, sesiapa yang stay di Terengganu bolehlah berbuka puasa dan join sambutan Aidilfitri akan datang di Sumai Hotel. Harga sangat berpatutan dan menu pun semua sedap sedap disediakan. Nak tahu lebih lanjut boleh singgah ke website atau faceook ye kat link bawah ni.

Website
www.sumaihotel.com

Facebook
https://www.facebook.com/sumaihotelapartment

Notapink : Terima kasih untuk mereka yang memberikan kerjasama yang baik dalam menyiapkan design ni  dan juga mereka yang memberi peluang pada Fiza untuk design semua ni.


16 comments

  1. alhamdulillah fiza,rezeki..bila kita buat kerja dengan ikhlas dan sabar,insyallah rezeki tu senang nak lekat kan...akak memang suka tengok design yang fiza buat...

    ReplyDelete
  2. Cantik2 belaka Fiza byl2 berbakat

    ReplyDelete
  3. As usual, design akak sentiasa cantik!

    ReplyDelete
  4. Wah...seronoknyer..smakin maju...rezeki ramadhan...

    ReplyDelete
  5. wah
    cantik
    nampak menyelerakan bila tgok design2 :)

    ReplyDelete
  6. Smartnya..Murah rezeki di bulan ramadhan.. xD

    ReplyDelete
  7. Great!! terbaik lah fiza.. bangga dengan fiza :))

    ReplyDelete
  8. Moga2 Fiza terus dimurahkan rezeki ..InsyaAllah

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah murah rezeki fiza...untung org pandai graphic design ni kan...

    ReplyDelete
  10. wah pengalaman bru tuh...leh peeluaskan kemahiran fiza lpas nih

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.