Kuih Tart Nenas Gulung

Wednesday, July 23, 2014


Kuih Tart Nenas gulung salah satu kuih favourite masa raya. Kalau inti jem nenas tu sedap dan adunan tepung pun sedap sebalang pun boleh habis..of course! Hari ni husband balik bawak kuih tart nenas gift dari office. Siap ada cup setiap tart. Colourful pulak tu. Menarik!

Kuih Tart Nenas Gulung

Try rasa satu,ermm sedap! Satu je la boleh rasa nanti belum sempat raya dah habis dulu pulak. Tengok full packaging dia exclusive sangat..

Kuih Tart Nenas Gulung

Sempat lagi nak buat kuih raya ni. Boleh try buat kuih tart nenas dengan resepi mudah ni..Selamat mencuba.

Resepi Tart Nenas Gulung

Bahan²
250gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi
1 bj kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung
Jem nenas digentel menjadi bulat² kecik

Topping 
1biji kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu air
*Bancuh ketiga-tiga bahan ini sehingga sebati.

Cara²
1. Ayak ke tiga-tiga tepung.(tepung kastard,tepung jagun & tepung gandum)
2. Pukul butter bersama gula hingga putih.
3. Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
4. Pukul lagi hingga sebati.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
6. Perap seketika supaya doh sebati.
7. Picit doh dari acuan tart,ikut size yang korang nak. Kemudian letak inti yang digentel bujur dan gulungkan. buang lebihan doh dan kemaskan bahagian bawah tart. Letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur.
8. Ulangi langkah 7 yang sama sehingga habis adunan tart.
9. Bakar sehingga masak dgn suhu 175 - 180C. Selama 25 minit.
10. Angkat dan sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Rumah siapa buat tart nenas, sila bagi alamat..nak serbu..heeee..

20 comments

  1. oh my..favourite timm jugak..suka klau yg caiq di mulut..aumm!

    ReplyDelete
  2. fav jugak! suka tart gulung.. tart bunga kureng..

    kite pena try bt tart gulung ni.. susa jugak.. jadi tak lawa. hihi

    ReplyDelete
  3. sedapnya... akk teringin nk mkn tart nenas, tp takut pulak nk mkn time2 pregnen ni sebab inti nenas kan...

    ReplyDelete
  4. cumelnya cup tart nenas tu.. rainbow colour lagi.. org nak makan bersemangat hehehehe

    ReplyDelete
  5. same la fiza..peberet akak jgk ni..bg sebalang pun bole habis..hikhik

    ReplyDelete
  6. Kak Lya pon suka jugak .Sedappp .tapi ni first time la tgk dia letak dalam pelapik kertas cam gitu ..Biasa beli takder plak camtu ... kosong gtu jer hehehe/..

    ReplyDelete
  7. wah, nampak sedap. tapi kite tak makan tart nenas. ehhe

    ReplyDelete
  8. emmm nyum2 tart nenas...sedap..suka gak ni!;D

    ReplyDelete
  9. akak memang suka dengan tart gulung nie..tahun nie tak berkesempatan nak beli..

    ReplyDelete
  10. My fav...bab buat sendiri mmg la x pandai....huhu

    ReplyDelete
  11. iqa penah buat sekali. sakit tgn huu.. tapi kuih ni iqa suka sgt. feveret :)

    ReplyDelete
  12. Wahhh...tgk kepada packaging dia mmg ohsem. Teknik yg luar biasa utk marketing. Kalau rasa sedap, Insyaa Allah akan habiss....hehehe

    ReplyDelete
  13. yang buat menarik tu sebab nampak kaler2 cup tu.. tambah pulak rasanya sedap..

    ReplyDelete
  14. Wah kuih tart gulung peberet suami akak ni ..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.