Resepi Popia Nestum Mudah

Sunday, July 27, 2014

Resepi Popia Nestum Mudah | Sempat lagi kamiorang buat popia nestum sebelum balik kampung. Siang dah beli barang, malam pulak siapkan projek kuih raya. kalau tak sempat nak buat, boleh simpan resepi untuk tahun depan atau buat kudapan je pun boleh :)

Popia Nestum

Resepi Popia Nestum mudah.

Bahan² 
1 packet kulit popia
1 cawan nestum original [*blender]
1/2 cawan horlick [*blender]
1/2 cawan gula kastor atau boleh blend gula biasa jadi gula halus 
Tepung gandum 2 sudu
air secukupnya.
Lidi

Cara²
1.Ambil sekeping kulit popia gulungkan dengan menggunakan lidi.
Popia Nestum

2. Matikan gulungan dengan gam menggunakan tepung yang dibancuh dengan air.* adunan tepung dan air jangan cair sangat.
3. Gunting secara menyerong mengikut size yang korang nak.
Popia Nestum
4. Goreng sampai sedikit kekuningan dan toskan minyak. 
5. Masukkan popia yang dah siap digoreng tadi ke dalam bekas dan gaulkan bersama gula,nestum dan horlick. Siap!

Tersangat mudah untuk siapkan kudapan raya ni. Selamat mencuba :)


11 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.