Puding Caramel

Wednesday, July 23, 2014

Malam semalam sempat buat Puding Caramel sebab teringin sangat nak makan kan. Kalau selalunya bulan puasa mesti dapat makan puding caramel sebab kakak buat. Tahun ni kenalah buat sendiri. Nak tunggu kakak buat pun, rayalah kot baru dapat. Gigih lah buat semalam husband pun tolong apa yang patut. Tak susah mana pun cuma bekerjasama tu kan penting.

Yang bestnya makan puding caramel ni sebab rasa manis manis dia tu dari gula yang dipanaskan. Adunan telur, susu dan bahan lain memang kena dengan tekak. Bagi satu loyang pun boleh habis ni. Bagi nak cuba buat boleh guna resepi puding caramel mudah ni.
Puding Caramel

Bahan²
10 biji telur
1 tin susu cair
3/4 susu pekat
1 gelas air suam
1 sudu camca esen vanilla
secubit garam
6 sudu besar gula

Cara²
1. Pukul telur hingga kembang dan masukkan susu cair, susu pekat,esen vanilla,air suam dan garam.
2. Cairkan gula didalam acuan loyang diatas api yang perlahan sehingga berwarna kekuningan.
3. Kemudian, tuangkan bahan² adunan tadi ke dalam loyang.
4. Kukus sehingga 45minit.
5. Setelah masak ,terbalikkan loyang tadi di atas pinggan.*pastikan pinggan besar dan agak melengkung sebab nanti takut caramel tu melimpah keluar pulak. rugilah nanti takde kuah caramel

Mudah je kan. First time mencuba pun boleh jadi dengan jayanya..Selamat menncuba. Kalau kat bazaar ni confirmlah mahal, satu slice je RM3 kan sekarang? Itupun kecik je. Kalau buat sendiri modal pun sikit je, berbaloi dapat seloyang macam tu.


17 comments

  1. Bnyk ye telur fiza. Resepi kite kurang dr tu. Lpasni cuba fza try bakar punya. Sedappp

    ReplyDelete
  2. saya nak try tapi takut gula karamel dia x jadi. sobs.

    ReplyDelete
  3. dah lame tak buat karemel ni..
    boleh la buat esok ni sbb da x tau da nk masak ape ntuk buka pose ^_^

    ReplyDelete
  4. baik buat sendiri dari beli dekat param. huhuhu. nampak sedap ni.

    ReplyDelete
  5. akak tak pernah makan puding caramel ni.. sebab tak suka.. :D
    tapi rupa paras menarik..

    ReplyDelete
  6. Hubby Kak Lya punya peberet ni la dia ..hehehe

    ReplyDelete
  7. Bula poser ni selalu jugak buat .untuk anak2 dan en hubby

    ReplyDelete
  8. Kita pun buat pudding caramel juga bulan puasa ni. :D

    ReplyDelete
  9. Yg ni if fiza buat x bg akak pun x pe..akak x ngumpat de...huhuhu...akak kureng skit bab ni

    ReplyDelete
  10. Pnh mkn.. Tp rasa mcm terlebih telur.. Terus rasa x lalu.. T__T

    ReplyDelete
  11. Tgk teriur la pulak dapnyerrr .Lama tak buat

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.