Resepi Cornflakes Madu

Sunday, July 27, 2014

Resepi Cornflakes Madu | Satu lagi kuih raya yang simple sempat kamiorang siapkan jugak malam tadi. Pulun kemain buat kuih raya. Orang dah berbalang buat tunggu nak raya je, kamiorang terhegeh² nak siapkan. Biasalah last minit preparation memang camtu. Barulah raya camni kan. Eh?

Siap dua kuih raya dalam satu malam hasil kerjasama husband and wife. Dapatlah bawak bekal balik kampung.Alhamdulillah...Kalau ada yang nak mencuba resepi cornflakes madu yang muda ni, silakanlah ye mencuba.

Resepi Cornflakes Madu

Resepi Cornflakes Madu

Bahan²
5 cawan Cornflakes
1/4 cawan madu
1/4 cawan butter
1 1/2 sudu besar gula kastor
Paper cup kecil

Hiasan
ceri, manik, chocolate rice atau lain lain ikut citarasa.

Cara²
1. Cairkan butter di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
2. Dalam mangkuk yang berasingan ramas kasar cornflakes ikut korang supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih
3. Kemudian tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes tadi kacau rata sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
4. Masukkan adunan cornflakes ke dalam paper cup dan hiaskan.
5. Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius. * Kalau tak nak bakar pun boleh tapi better bakar suapaya dia dapat melekat dan lebih rangup. :)

Selamat Mencuba!

14 comments

  1. scha suka cornflakes madu ni! Hehee selamat hari raya sis ;)

    ReplyDelete
  2. wahhh.sedapnyaa. tahun ni tak sempat nak buat :(

    ReplyDelete
  3. Alaaa sedapnyaa, pos kat Azwar sikit ..heheh

    ReplyDelete
  4. simple & senang nak buat.. bila dah buat sure cepat habis.. hehhee

    ReplyDelete
  5. ingat lagi masa sblm kawen dulu mmg rajin buat cornflakes madu..resepi ziana zain lagikk....ehehe

    ReplyDelete
  6. Kuih ni fav dania...tp tahun ni x buat..huhu...

    ReplyDelete
  7. Yummy yummy sedapnyerrr ..nak sikitt nak sikit

    ReplyDelete
  8. Anak2 akak pon suka jugak ... kalau mak sedara dia buat mmg tak sempat siap lerrr banyak cornflakes tu diaorg makan camtu jer hehehe

    ReplyDelete
  9. wahhhhh insyaAllah nnt saya nak try.... dari hari tu saya nk buat cornflakes madu hehehhe thanks sis for sharing :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.