Wanita Perlu Lebih Tidur

Friday, July 18, 2014

Wanita Perlu Lebih Tidur dari lelaki kerana dari kajian didapati otak wanita memerlukan lebih banyak masa untuk pulih kerana melakukan banyak tugas di siang hari. Wanita kurang tidur sering mengalami kemurungan dan kerap marah. Ye ke? Mungkin jugak lah kot. Sebaliknya, isu ini tidak menjejaskan lelaki yang tidak mendapat cukup tidur


Wanita Perlu Lebih Tidur

Antara risiko kurang tidur ialah Penyakit jantung, masalah sakit mental, strok dan radang dalam tubuh sehingga mereka mengalami sakit fizikal ketika bangun tidur

Wanita Perlu Lebih TidurTidur sekejap tidak seharusnya lebih lama daripada 90 minit kerana ia boleh meningkatkan masalah mengantuk pulak. Yang ini beul sangat. Kalau terlebih tidur rasa lemah badan ni ha.

“Satu daripada fungsi utama tidur ialah membenarkan otak pulih dan membaikinya sendiri,” kata Prof Jim Horne, pengarah Pusat Penyelidikan Tidur di Universiti Loughborough. 

Ketika tidur nyenyak, korteks, bahagian otak yang bertanggungjawab untuk berfikir, memori, bahasa dan seterusnya, memisahkan dirinya daripada deria dan masuk ke dalam bahagian pemulihan. Lebih banyak otak digunakan pada siang hari, lebih banyak ia perlu untuk pulih dan lebih banyak tidur di perlukan.

Wanita sangat memerlukan tidur lebih kerana menggunakan lebih banyak otak berbanding lelaki kerana melakukan pelbagai tugas. Tapi rasanya semua ni berlaku sebaliknya kan. Sebab wanita memang banyak tugas nak dibuat. Kalau ada masa terluang memang tak lepaskan peluang untuk tidur. Betul tak?


15 comments

  1. tapi memang betul lah haha. wanitani overthinking berpisah tiada

    ReplyDelete
  2. Betul2...perempuan bnyk kena pk..mcm2...ada je..tgn pun ada je kejenya..

    ReplyDelete
  3. Hehehe betul kot ... Tapi kalau dah ada anak 3 ni kan ..tak de masa nak tdo lebih2 hehehe

    ReplyDelete
  4. klau kurang tido.. pegi keje x bole fokus oo, huh...

    ReplyDelete
  5. lagi satu,yg penting tidur yg berkualiti! ^^

    ReplyDelete
  6. oh, gitu rupanya. lepas ni kena tidur lama-lama. heeee

    ReplyDelete
  7. Nice sharing fiza...mmg sgt2 betul...perempuan mmg kena cukup tido...

    ReplyDelete
  8. so suami jgn mrh kalo iateri byk tidur..hahaha

    ReplyDelete
  9. Indeed!
    sebab orang perempuan ni tugas dia banyak & tak pernah habis.. esp. kepada yang dah bergelar isteri & emak..

    ReplyDelete
  10. azwar plak dah macam terlebih tidur pun ada.. hahaah

    ReplyDelete
  11. ok ini yg blaku pda shida huwaa..xpasal2 gaduh dgn dia..haihhh..

    ReplyDelete
  12. Setuju.. Klau kurang tdo, bermkna kita kurang rehat.. Mcm2 blh jd..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.