Sambung cerita lepas bersarapan di Warung Kopi Peng, kami berpisah dengan anak buah and the gang bawa haluan destinasi masing-masing. Alang-alang dah keluar awal, jomlah kita ke Pasar Ampangan membeli bahan masakan.

Saya jarang ke pasar Ampangan ni. Encik Suami je yang biasa membeli. Sesekali je ikut. Alang-alang dah keluar sarapan, ikutlah sekali ke pasar. Tak banyak nak membeli barang. Cuma nak beli barang basah je, ikan dan ayam.

Dalam jalan-jalan mencari ikan, ada pula si comel ni. Perhati je pekerja kedai ikan tu buat kerja. Dengan harapan agaknya dapatlah seekor ikan. Entah dapat ke tidak tu tak tahulah. 

Ke Pasar Ampangan Selepas Sarapan Pagi

Macam biasa kami ke kedai pakcik ni. Geram betul tengok ikan segar-segar. Macam biasa beli stok ikan kembung banyak-banyak untuk seminggu. Kami memang penggemar ikan kembung. Beli yang sederhana saiznya, baru sedap.

Ke Pasar Ampangan Selepas Sarapan Pagi
Pakcik tu tanya nak potong ke tidak, bukan buat gaya Ultraman ye

Ikan kembung goreng perasakan dengan garam, serbuk kunyit dan pes asam jawa sikit. Itulah resipi rahsia ikan kembung goreng sedap. Kalau tidak pun ikan kembung masak asam pedas atau ikan kembung singgang.

Tambah juga beli ikan kerisi. Lama tak makan ikan kerisi goreng garing-garing. Beli juga ikan merah seekor. Goreng pun sodap! 

Pertama kali beli ikan merah seekor. Biasa beli 2 keping je, buat rasa-rasa. Tapi kalau dikira-kira lagi berbaloi beli seekor daripada potong-potong tu. Harga potong-potong tu lagi mahal kalau dikira perkilo.

Dah beli, lepas tu tak tahu kepala ikan merah tu nak masak apa. Kami bukan biasa makan kepala ikan kari ke sup ke. Nampaknya macam bakal dibuat sup je tu. Tinggal sekeping lagi, bahagian ekor dan kepala je. 2 keping dah selamat di goreng.

Ikan merah je kami minta siang dan potong. Ikan kecil siang sendiri kat rumah. Ikan kembung kalau pekerja tu siang tak cantik kejadian dia. Dia bukan potong tengah bawah perut tu. Dia potong tengah tepi badan ikan. 

Kita ni bukan boleh tengok ikan potong macam tu. Tak easthetic lansung. Kalau basuh pun hancur bahagian perutnya tu nanti. Kena bagitahu awal-awal kalau tak nak siang. Kalau tidak. laju je potong. Tahu-tahu dah terlepas siang seekor. 

Tentang harga tu, tak tahu nak kata lah. Mana ada harga barang murah sekarang ni.