Hari yang ditetapkan telah tiba. Malam sebelum first surgery IOL-Intraocular Lens mata kanan, saya dah berdebar lain macam. Tak boleh tidur dibuatnya. Macam tidur-tidur ayam gitu.
Tak putus berdoa semoga Allah permudah segala urusan kami. Pagi tu gerak awal dah tapi jem pagi-pagi macam biasalah kan. Masing-masing bersaing dengan urusan kerja dan persekolahan.

Daftar
Mujur tak lambat sebab kena daftar untuk admission wad surgery antara jam 7.30am-8.00am. Staff pun dah telefon untuk remind kita. Sampai lebih kurang jam 7.40 macam tu dan terus daftar.Tak lama menunggu, staff pakaikan gelang putih dan kemudian staff lain bawa kami ke wad.


Day care ward
Untuk surgery ni saya tak bermalam di wad. Hanya day care je untuk minor surgery. Kalau bermalam dapatlah wad sorang tu. Masuk wad day care ada 4 katil.
Dapat katil tepi tingkap. Luas sikit mata memandang. Ambil kesempatan nak rehat. Nak sambung tidur.

Uniform pesakit
Dah siap-siap uniform hospital untuk disarung. Kita pertama kali masuk wad macam jakun sikit. Ingatkan tuala atas sekali tu, rupanya panties. Panties ni insurance tak cover tau. Kena bayar RM20. Boleh tahan mahal juga.
Check kesihatan
Baru nak lelap, nurse datang nak check blood pressure, gula dan tanya sikit sejarah kesihatan. Hadap je lah segala prosedurnya.Sarapan
Pagi-pagi dah dijamu dengan sarapan roti, butter dan jem.

Disediakan air panas dan thermos dan air sejuk dalam jug. Ada disediakan mug ni dapatlah bancuh air teh o tanpa gula.

Sebelum surgery
Sebelum surgery pergi ke klinik jumpa doktor dulu untuk tengok keadaan mata dan buat marking pada mata. Doktor kata surgery dalam jam 12 lebih macam tu.Nurse bagi ubat kapsul penenang dan tahan sakit sebelum surgery. Lepas tu suruh tukar baju siap-siap semua.
Makan tengah hari
Sempatlah menjamu selera bubur nasi, sup dan buah tembikai. Semua hidangan makan separuh-separuh dengan Encik Suami. Sedap bubur dan supnya. Walaupun bubur tu macam plain je tapi untuk diet sangat sesuai.
Perjalanan menuju ke dewan bedah
![]() |
| Selfie before surgery |
Encik suami mengiringi perjalanan ke dewan bedah. Sampai sini je lah boleh hantar pun. Lepas duduk dalam wad sebab nurse kata lama lagi.

Masa consult hari tu ada tanya doktor berapa lama proses bedah ni. Katanya lebih kurang 25-30 minit macam tu. Ohh tak lama. Sekali dah masuk dewan bedah ni lama ye. Kena menunggu proses sebelum tu macam-macam prosedurnya.
Sampai masanya ke dewan bedah yang sebenar tu kena tukar katil. Tukar selimut biru. Lebar katil muat-muat badan kita je. Rasa tangan ni macam nak terkeluar dari lebar katil. Macam tu rupanya ye. Maklumlah kita pertama kali.
Satu pengalaman yang mendebarkan betul.
Inilah rupa kanta multifocal yang saya pilih untuk penglihatan pelbagai jarak. Kanta ni akan dimasukkan ke dalam mata gantikan kanta yang sedia ada.
![]() |
| sumber : google |
Prosedur seperti di bawah. Kalau lasik prosesnya di atas kanta, luaran mata. IOL ni bawah mata. Begitulah...
![]() |
| sumber : google |
Semasa surgery
Siapa kata buat IOL surgery ni painless? Tipu! Sakit tahu. Walaupun sakit kecil tapi terasa sakitnya tu. Dibedah dalam keadaan sedar. Kita nak menahan mata statik tengok cahaya tu agak mencabar juga ye. Dalam hati ni macam-macam doa dan surah kita baca.
Tambah lagi bunyi mesin tu sampai doktor kata puan bernafas macam biasa je puan. Rileks. Kita pula nervous. Alhamdulillah penantian dibedah tu berakhir dan lancar. Legaaaa...
Sampai wad nurse kata tukar baju dan kena usung guna kerusi roda ke klinik jumpa doktor. Doktor nak check mata selepas bedah guna alat khas.
Selepas surgery
Sebelum bedah kemain sejuk lagi terasa. Lepas bedah, boleh berpeluh ye belakang kepala sampai tengkuk. Lepas bedah pun kena menunggu lagi, tunggu keadaan stabil mungkin. Lebih kurang 2 jam lebih jugalah.Sampai wad nurse kata tukar baju dan kena usung guna kerusi roda ke klinik jumpa doktor. Doktor nak check mata selepas bedah guna alat khas.
![]() |
| after surgery-tudung sarung je lah kita |
Minum petang
Masuk wad semula dah terhidang makanan petang. Sandwich dan butter. Sachet air teh. Malas nak buat air, bawa balik je lah. Kot nanti-nanti dah mengeteh dirumah.

Makan malam
Lepas tu barulah dapat berehat lelap seketika. Rasa macam baru lepas makan, makanan malam sampai pula. Kita makan je lah perut pun dah lapar. Set nasi, mushroom soup, buah epal hijau dan air mineral.
Set nasi ni sedap gila! Italian rice dan fish arabbiata. Yang kuning tu tak tahu buah/sayur apa. Macam spesis timun juga. Sedap rangup.

- Mata jangan kena air
- Kena solat duduk
- Wuduk pun kena pelan-pelan basahkan muka jangan biarkan air masuk mata
- Cuci rambut pun kena cuci ala di saloon gitu risau sabun masuk mata
- Jangan masak makanan yang bergoreng risau minyak masuk mata, masak rebus dan kukus je
Dan macam-macam lagilah yang doktor pesan. Kena kurangkan screen time juga.
Banyak aktiviti terbatas tak boleh lasak sangat. Paling penting kena jaga kebersihan dan kesihatan. Risau kalau ada kesan lain macam infection ke radang ke.
Pandangan memang kabur macam cermin frosted tu. Ambil masa untuk pandangan tu jelas. Doktor berikan ubat tahan sakit dan 3 titis ubat mata. Ada yang kena titis setiap 2 jam, 3 kali dan 4 kali sehari.
Kenalah ikut masa-masa yang ditetapkan tu kalau nak cepat baik. Mujur ubat tu semua tak memedihkan mata. Melembapkan dan memulihkan mata.
Discharged
Agak lambat juga saya discharge haritu. Hampir jam 9.00 malam jugalah. Orang terakhir yang balik dalam wad tu. Lama menunggu semuanya selesai.
Lagi dua minggu seterusnya baru sebelah kiri. Beberapa hari lepas surgery kena buat follow up dengan doktor check keadaan mata.
Jumlah kos : RM12 ribu lebih untuk surgery dan day care




2 Comments
Fuh...akak baca sambil ikut berdebar, seriau. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
ReplyDeleteFiza ni kuat semangat, mampu buat braces dan sekarang buat IOL surgery pulak.
Nampaknya akak nak kena baca entri sebelum ni pasal IOL surgery Fiza.
Alhamdulillah.. semoga penglihatan Fiza makin baik dan satu pengalaman berharga buat Fiza ..
ReplyDelete