Awal bulan lepas balik kampung Segamat. Kesihatan mak merundum sampai kena masuk zon kuning seharian. Risau betul kalau dengar ayat ditidurkan tu. Salah satu faktor buat saya menyepi seketika. Banyak fikir. Semoga kesihatan mak kembali membaik. Aamiin...

Dalam perjalanan balik kampung, singgah di Richiamo Gemas. Senang makan siap-siap. Nanti tak payah nak bersusah payah masak lagi.

Saya pesan caffe latte. Cantik dia punya latte art tu. Tak pernah lagi dapat rupa bentuk macam ni. Bunga kot kan?

Singgah Makan di Richiamo Gemas

Biasa pesan nasi dengan lauk daging salai masak lemak tu, tapi ubah selera pula. Pesan spaghetti chicken bolognese. Encik Suami tetaplah dengan nasi lemak rendang ayamnya tu. Tak ambil gambar nasi lemak sebab malas. Boleh? 

Mood dah melayang jauh bagai terputus talinya. 

Singgah Makan di Richiamo Gemas

Ini bukan pertama kali pesan spaghetti chicken bolognese. Dah beberapa kali pesan di beberapa cawangan. Masih menepati selera. Bagus! Kenyang makan puas hati. Rencah banyak dan sosnya pun melimpah.

Singgah Makan di Richiamo Gemas

Tak berlamaan kami makan di sini sebab nak kejar masa. Saya perasan di Richiamo Gemas ni macam kurang pelanggan. Masa kami sampai pun hanya kami berdua je.

Banyak juga cawangan Richiamo Coffee dah tutup. Haritu pergi Richiamo Coffee City Park Seremban 2 dah tutup.Richiamo Coffee Senawang tu tak pasti masih beroperasi atau tidak. Banyak saingan cafe sekarang ni kan. Tumbuh bagai cendawan selepas hujan.