Saya dah lama teringin nak minum air roselle. Teringat-ingat pati roselle yang mak pernah buat dulu. Mak tanam pokok roselle lepas tu jus roselle buat pati tambah air gula. Nak minum air roselle tinggal tambah air je.

Lagi sedap rasa air roselle tu kalau kita proses sendiri. Nak tanam pokok roselle macam entah bila nak tunggu hasilnya kan. Alang-alang dah ke Jaya Grocer tu carilah jus atau pati roselle. Jumpa roselle kering ni, terus lupa nak cari jenis cecair.

Bekas dia macam bekas sambal gitu. Bekas kaca. Isi dalamnya pun banyak juga bunga roselle kering. Saya cuba rendam dalam air panas kemudian minum. Rasanya macam pure cranberry tu, kelat-kelat pahit. Sedap juga minum suam-suam.

Bekas dia macam bekas sambal gitu. Bekas kaca. Isi dalamnya pun banyak juga bunga roselle kering. Saya cuba rendam dalam air panas kemudian minum. Rasanya macam pure cranberry tu, kelat-kelat pahit. Sedap juga minum suam-suam.

Tapi nak lagi rasa sedapnya tu, kenalah tambah gula. Baru ada masam-masam manis roselle. Selain dibuat minuman, sedap juga dibuat jem atau sambal roselle.
Lupa pulak harga dia berapa. Resit pun dah dibuang. Tak silap RM4 lebih kot. Okaylah untuk buat rasa-rasa. Selain roselle, ada juga jual buah telang kering, rose bud dan macam-macam jenis teh bunga kering lagi.
6 Comments
Haaa...baru ada button komen...menggagau akak mencari...hari ni baru boleh komen guna laptop...akak pun suka roselle, selalu beli yang fresh tu lepas tu proses sendiri...yang kering ni tak pernah beli lagi...
ReplyDeleteOhh dah boleh komen dah ye kak. Alhamdulillah...lega sikit. Kalau tidak tak tahulah nak solve macamana. huhu...
DeleteYang fresh tu biasanya akak beli kat mana?
Setakat ni belum pernah rasa lagi produk dari bunga roselle ni.
ReplyDeleteKot teringin bolehlah cuba.
Deletepernh minum air roselle..ada opismate bw dlu
ReplyDeleteSedap kan.
Delete