Dah Pandai Masak Asam Pedas

Tudiaa dalam kuali saya sajikan untuk blog. Sekarang ni cukup malas ye nak setup props ambil gambar. Ini kira asbol (asal boleh) je lah. Semalam, punyalah teringin nak makan asam pedas. Jadi, sajalah cuba-cuba masak ikut resipi di Youtube.

Dah Pandai Masak Asam Pedas

Masak-masak terus jadi. Eh, terasa kagum pula dengan diri sendiri. Encik suami makan sampai licin mangkuk dihirupnya kuah asam pedas tu. Wahhh...Unsangkarable!

Hari ni, ulang lagi masak asam pedas. Tapi ikan siakap pula. Ikan siakap masak asam pedas pun sedap juga kan? Awal pagi lepas encik suami pergi kerja dah mula kelentang kelentung di dapur.

Masakan berkuah begini lagi sedap kita masak awal dan makan beberapa jam selepas masak tu. Lagi pekat dan serap rasa dia.

Asam pedas masak cara Fiza

Kebetulan juga ada simpanan daun kesum. Menjadi juga asam pedasnya. Agaknya tambah lagi sedap bila gunakan asam jawa yang mak mentua bagi yang dibeli di Terengganu. Asam jawa kampung yang dibungkus dalam plastik dibunjut.

Saya masak asam pedas tanpa belacan dan bunga kantan. Encik suami tak suka makan belacan dan saya tak berapa suka bunga kantan. Tapi kalau makan di kedai, makan je. Cuma bila masak sendiri, kita tak letak apa yang kita tak suka.

Tak tahulah saya masak asam pedas gaya Johor ke Melaka. Saya panaskan minyak, masukkan sedikit halba. Kemudian masukkan bahan kisar (bawang besar, bawang merah rose, bawang putih, halia dan kunyit hidup). Dah pecah minyak, baru masukkan cili kisar biarkan pecah minyak kali kedua.

Masukkan air asam jawa dan daun kesum. Kacau rata dan biarkan pecah minyak untuk kali ketiga. Kemudian baru masukkan ikan dan tambah air secukupnya. Masukkan daun kesum. 

Akhir sekali baru perasakan dengan garam dan juga sedikit gula. Biarkan ikan masak. Tak letak tomato sebab tak ada tomato besar. Yang ada tomato cherry je. Malas nak letak.

Kalau guna ikan kembung, masak kejap je sebab ikan kembung cepat masak. Ikan siakap ni kena lama sikit. Haa begitulah masak asam pedas masak cara saya. Asam pedas Johor kot kan? Katanya kalau nak sedap, biar pecah minyak 3 kali. Kalau kuah pecah minyak elok macam tu kira sedaplah.

Alhamdulillah, Allah bagi sedap ikut tekak saya dan encik suami. Tekak orang lain tak tahulah. Dah pandai masak asam pedas ni, senanglah. Kalau teringin, kita masak sendiri je. Ini kalau ada kacang bendi mesti lagi sedap.

Sebelum ni pernah cuba masak asam pedas ikan kembung tapi macam kurang menjadi. Ini kalilah baru betul-betul menjadi. Kudos dear self! 


26 comments:

  1. Wah tahniah... sy pun jarang masak asam pedas sbb sy rasa mcm x sedap je masak sendiri... tp anak-anak mcm biasalah kata sedap.. sy masak pun cara fiza tp letak belacan sikit... cuma x pecah minyak 3x tu.. sbb tu tekak rasa masih x sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Saya rasa macam tu juga. Tapi bila dah sampai tahap hampir menepati KPI ni, kira happy jugalah. Anak-anak ni, ibu masak apa pun sedap KakMim. Hihi...sedap itu subjektif.

      Delete
  2. Wah...terbaik...masak asam pedas ni memang kena cuba banyak2 kali...baru menjadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..itulah tu, mujur juga akhirnya menjadi.

      Delete
  3. Sedapnya..wahh, dah terer masak asam pedas...Alhamdulillah...ikan siakap mmg sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Kira bolehlah ikut tahap sedap tekak sendiri. hihi...

      Delete
  4. Tahniah Fiza 👏🏽
    Memang nampak sedap tu.

    Lebih kurang cara akak jugaklah, ada tumis halba.
    Belacan dan kantan pun akak letak.
    Tak kira dah versi negeri mana, yang penting ikut versi selera tekak kita 😁

    Selain ikan, akak buat jugak asam pedas ayam. Yang itu katanya masakan Johor. Tapi akak tak pernah tau pun, family kami tak pernah masak asam pedas ayam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih Kak Ujie.
      Itulah tu, kecelaruan versi mana tak tahu. Janji sedap sudah lah kan. hihi...

      Asam pedas ayam belum pernah makan lagi. Biasa makan asam pedas versi ikan je. Nanti² boleh cuba ayam pulak. Mak saya pun memang tak pernah masak asam pedas. Kakak² je ada masak. Masakan lemak cili api biasanya yang selalu dimasak di rumah.

      Delete
  5. Sedapnya Fizah, terasa2 kat tekak ni tau.

    ReplyDelete
  6. Menjadi dah tu. Bungan kantan lah yang best. Pewangi segala asam pedas. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...hihi..saya kurang suka tapi kalau ada dalam masakan OK je makan.

      Delete
  7. Tahniah, Fiza. Mengecewakan kita baca suami Fiza hirup kuah asam pedas. Tapi, ikan siakap mmg sedap la buat asam pedas. Ikan siakap ni versatile, masak apa pun sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...alamak, kenapa kecewa pulak tu. Setuju tu, ikan siakap ni diolah masak apa pun jadi sedap.

      Delete
  8. Orang Melaka macam saya suka makan asam pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak Melaka lah kalau tak makan asam pedas kan. Saya kalau pergi Melaka mesti cari asam pedas. Asam pedas Melaka sedap! Bolehlah suggest kedai asam pedas yang sedap.

      Delete
  9. saya masak asam pedas guna perencah dalam paket...boleh tahan juga rasanya tapi tidak selalu kerana menu tersebut kurang mesra dengan tekak saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain orang lain cita rasa nya. Mungkin asam pedas kurang kena dengan tekak tuan. Cuba nanti makan asam pedas bukan dari pes pula.

      Delete
  10. letak bendi pun onz jg selain tomato. kalau melaka punya sblm tumis dia wangikan minyak dgn halba. then trs tumis. tumis dgn cili tu yg amik masa...kdg dah setgh jam pun cilu nmpk masih mentah lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak bendi memang Onz sangat kan. Oohh kiranya saya ikut asam pedas Melaka lah ni ye tumis dengan halba. Iyee..bab pecah minyak dan masak betul tu ambil masa sikit.

      Delete
  11. Tahniah Fiza sedap menjadi dan sedap!
    Betul asam pedas ini ada macam-macam versi. Ada yang letak buah keras juga. Mak akakpun tidak guna belacan tapi guna bunga kantan atau daun kesum. Akakpun di kedai makan sahaja kalau di kedai atau orang lain buat. Asal sedap. Hehe Fiza suka asam pedas letak ikan ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. Janji sedap, kita makan je walaupun ada letak apa yang kita tak suka. hihi...Ye, suka asam pedas ikan lagi berbanding ayam atau daging.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.