Pagi ni bangun subuh rasa sejuk betul. Seremban dari malam tadi hujan sampai ke pagi ni agaknya. Tengok media sosial kawasan PD ribut kuat, Johor dan Melaka pun sama hujan dan angin kuat.
Semalam MET Malaysia pun ada buat sidang akhbar supaya ambil langkah berjaga-jaga dengan cuaca sekarang.

Dengan kuasa dan izin Allah SWT, apa saja boleh berlaku.
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Maksudnya : “Ya Allah, Kau jadikanlah curahan hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat.”
—Riwayat al-Bukhari, 1032
Maksudnya : “Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu”.
—Surah Hud: 44
Semoga hujan tidak berpanjangan, tiada musibah yang melanda, air cepat surut dan mereka yang berada di kawasan terjejas berada dalam lindungan Allah. Aamiin...

Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat Monsun Timur Laut (MTL) dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia—MET Malaysia
Amaran ribut Tropika oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Ribut tropika (SENYAR) dikesan berada pada Latitud 3.6° Utara dan Longitud 100.4° Timur, dijangka bergerak ke arah timur dengan kelajuan 9km/j dan boleh mencapai kelajuan angin maksimum sehingga 46 km/j. Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di Semenanjung Malaysia.Semalam, 27 November telah berlaku ribut tropika senyar terbentuk di Selat Melaka. Satu fenomena pelik dalam sejarah cuaca di Malaysia kerana ribut ini berlaku di kawasan perairan dalam dan luas seperti Laut China Selatan dan Lautan Pasifik. Sedangkan Selat Melaka lautan cetek dan sempit.
Doa ketika hujan
Daripada Aisyah R.A berkata, Adapun Rasulullah ketika melihat hujan :اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Maksudnya : “Ya Allah, Kau jadikanlah curahan hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat.”
—Riwayat al-Bukhari, 1032
Doa ketika menghadapi musibah banjir
وَقِيْلَ يٰٓاَرْضُ ابْلَعِيْ مَاۤءَكِ وَيٰسَمَاۤءُ اَقْلِعِيْ وَغِيْضَ الْمَاۤءُMaksudnya : “Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu”.
—Surah Hud: 44
0 Comments