Shopping di Jaya Grocer haritu dapatlah percuma Exclusive 3D Sticker Pack Jaya Grocer. Tiba-tiba je cashier tu masukkan dalam beg. Dia kata percuma ada lebih untuk members. Kami balas dengan ucapan Terima kasih.

Dapat Exclusive 3D Sticker Pack Jaya Grocer Percuma

Sampai rumah saya pun beleklah stickernya. Saya fikir sticker biasa tu je. Rupanya sticker 3D yang jadi kegilaan blogger Syasya tu. Saya pun teruja jugalah dapat sticker 3D ni. Auto teringat dia ye. Yelah, dia je lah yang layan hobi ni.

Nampaknya saya pun bakal terjebak jugalah menampal-nampal ni. Kena cari masa yang sesuai. Sticker 3D exclusive ni illustrated by the talented Wonders of Eqa sempena outlet baru di KLGCC Mall. Siapa yang beli lebih daripada RM80 akan dapat 1 pack. Kiyowo!

Saya tak pastilah sampai bila promotion ni. Mungkin boleh tanya di kaunter kalau ada lagi. Setakat ni shopping barang belum dapat lagi calendar percuma.