Usai membeli barang dapur di Pasar Ampangan, singgah isi minyak kereta kejap. Rasa macam nak cari makan untuk menebus kekecewaan sarapan di Warung Kopi Peng tu. Encik Suami pun macam tu juga.
Cari di TikTok tempat makan best di sekitar Seremban. Kami putuskan untuk singgah sarapan kedua di Akasia by Keronsang Emas. Selalu juga lalu lalang di FYP TikTok dan save kononnya nanti nak singgah makan.

Akhirnya sampai jugalah di sini. Tertarik dengan suasana kampung di sini. Itulah yang jadi tarikan utamanya.

Banyak tempat makan disediakan. Boleh duduk dimana-mana yang kita suka. Di tengah-tengah kawasannya ada kolam air. Bukan hanya sekadar kolam air, tapi ada ikan juga.

Sambil makan tu bolehlah menikmati permandangan flora an fauna di sini. Suasana yang dipenuhi dengan kehijauan. Banyak tanaman pokok bunga dan pokok buah-buahan.

Gazebo depan kaunter tu ada orang pula. Kalau tak ada, macam best juga duduk di situ kan. Tapi macam tak sesuai untuk berdua sebab luas sangat. Untuk keluarga sesuai sangat lah.

Gazebo belakang kami ni tak ada orang lansung. Ada banyak meja disediakan. Tapi suasananya kurang menarik lah sikit berbanding yang depan kaunter tu.

Dah pilih tempat, kita tunggu pesanan siap je lah. Berdekatan kaunter pesanan ada juga anak benih pokok bunga.

Saya pesan teh lemon panas dan Encik Suami pilih teh ais lemon sejuk. Rasa kedua-dua minuman ni seimbang rasa manis dan masam lemon tu. Ada pahit-pahit teh sikit. Sedap tapi yang panas tu panas betul ye. Lupa pula nak pesan yang suam.

Satu set hidangan lempeng ada dua keping lempeng dengan sambal tumis cili api. Lempeng dia sedap dan gebu. Sambal tumis cili api tu menepati selera. Sedap tapi tak puas makan sebab sikit nau. Pedas boleh tahan juga. Baru sedap menikmati lempeng dengan sambal padu.

Kira dapat jugalah mengubati kekecewaan tak puas makan di warung yang pertama tu kan. Ada hikmahnya jugalah, dapat makan di sini sekali yang dah lama juga saya nak datang singgah makan.

Tengok hiasan kain batik di gazebo ni teringat rumah-rumah kampung yang ada kain perca dibuat siling rumah papan. Terasalah vibes kampung di sini.
Tak silap saya tempat ni boleh disewa juga untuk acara/event tertentu. Kalau buat venue untuk majlis pertunangan dan perkahwinan pun menarik juga kan.

Banyak tempat makan disediakan. Boleh duduk dimana-mana yang kita suka. Di tengah-tengah kawasannya ada kolam air. Bukan hanya sekadar kolam air, tapi ada ikan juga.
Ada jual makanan ikan juga. Boleh bagi makan. Selain ikan, ada itik, ayam dan kucing juga. Itu yang saya perasan lah. Disini sistem pesanan kena pergi buat pesanan di kaunter depan kolam dalam gambar bawah ni.
Nanti akan diberikan buzzer dan nombor meja.

Masa kami sampai ni tak ramai orang sangat. Jadi, bolehlah memilih tempat yang menarik sikit. Ingatkan nak duduk di gazebo tapi Encik Suami malas nak bersila duduk bawah. Jadi pilih di tempat duduk kerusi meja batu depan kolam je lah.

Gazebo depan kaunter tu ada orang pula. Kalau tak ada, macam best juga duduk di situ kan. Tapi macam tak sesuai untuk berdua sebab luas sangat. Untuk keluarga sesuai sangat lah.

Gazebo belakang kami ni tak ada orang lansung. Ada banyak meja disediakan. Tapi suasananya kurang menarik lah sikit berbanding yang depan kaunter tu.

Dah pilih tempat, kita tunggu pesanan siap je lah. Berdekatan kaunter pesanan ada juga anak benih pokok bunga.

Ini ada menu-menu yang ada disini. Banyak pilihan dan menarik juga. Jadi rambang mata nak memilih mana satu. Tapi agak serik nak memilih menu nasi lemak sebab sarapan pertama di Warung Kopi Peng tu agak hambar.
Terus jadi tak selera nak pesan nasi lemak ayam goreng.

Saya pesan lempeng. Nak makan ringkas je. Encik Suami pula pesan nasi lemak. Eh, berselera pula dia nak makan nasi lemak.

Tak rasa lama sangat menunggu sebab kita sibuk menikmati suasana di sini sambil memotret dan menyembang. Tahu-tahu buzzer berbunyi. Encik Suami pergi ambil pesanan. Semua siap sekali dan dihidangkan dalam dulang.

Saya pesan teh lemon panas dan Encik Suami pilih teh ais lemon sejuk. Rasa kedua-dua minuman ni seimbang rasa manis dan masam lemon tu. Ada pahit-pahit teh sikit. Sedap tapi yang panas tu panas betul ye. Lupa pula nak pesan yang suam.

Menarik rupa hidangan nasi lemak di sini. Saya lansung tak jamah pun. Punyalah fobia dengan nasi lemak sampai tak rasa nak jamah. Encik Suami kata biasa je.

Satu set hidangan lempeng ada dua keping lempeng dengan sambal tumis cili api. Lempeng dia sedap dan gebu. Sambal tumis cili api tu menepati selera. Sedap tapi tak puas makan sebab sikit nau. Pedas boleh tahan juga. Baru sedap menikmati lempeng dengan sambal padu.

Kira dapat jugalah mengubati kekecewaan tak puas makan di warung yang pertama tu kan. Ada hikmahnya jugalah, dapat makan di sini sekali yang dah lama juga saya nak datang singgah makan.

Tak silap saya tempat ni boleh disewa juga untuk acara/event tertentu. Kalau buat venue untuk majlis pertunangan dan perkahwinan pun menarik juga kan.

Total pesanan kami, RM20.50. Murah ke mahal? Nilaikan sendiri.
0 Comments