Hujung bulan lepas blogger Fanny DM, katanya akan ke Malaysia pada bulan November. Ikutkan nak jumpa saya sebab nak bagi souvenirs dari tangan ke tangan gitu. Dapatlah jumpa sekali kan. Tapi sebab jauh sikit dan kebetulan juga hari tu saya masih dalam tempoh berpantang selepas surgery.

Jadi, tak dapatlah berjumpa. Fanny minta alamat untuk kirimkan hadiahnya. Terharu betul! Gigih tau Fanny bawa hadiah dari Indonesia ke Malaysia. Lepas tu ke Pejabat pos pula pos hadiah untuk saya. Saya amat hargai susah payah seorang Fanny ni. You're too sweet lah Fanny.

Kita pula yang segan tiba-tiba dapat hadiah juga. Fanny bagi ni sebagai penghargaan rajin komen di blognya dan giveaway gitu. Baiklah, saya terima alasan itu. Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan.

Hari Selasa hadiahnya selamat sampai. Bungkusan besar. Apalah hadiah yang Fanny kirimkan ni. Jom unboxing!

Hadiah Istimewa Pemberian Blogger Fanny Dari Indonesia ke Malaysia

Dalam bungkusan plastik hitam tu ada satu bungkusan telekung travel dan kotak berwarna hijau dengan lukisan menarik di atasnya.

Hadiah Istimewa Pemberian Blogger Fanny Dari Indonesia ke Malaysia

Telekung travel Guzel by Tisbo

Dengan ini bertambah koleksi telekung travel saya. Boleh tukar pakai atau standby dalam kereta. Material telekung jenis ringan macam plastik tapi bukan macam plastik. Dia rasa sejuk dan lembut. Tak tahu lah jenis material apa. 

Tapi best pakai cuma kena letak pemberat risau nanti solat bertukar jadi obor-obor pula. Letak pin ke apa kan untuk lebih secure masa solat. Jenis berzip di depannya. Boleh adjust ikut saiz muka. Tak ada pelapik dagu, kena kedepankan sikit bila pakai.

Didatangkan dengan beg travel dan juga sejadah mini. Sejadah pun kena letak pemberat. Risau melayang nanti. Warna pink belacan dengan coraknya yang menarik. Saya suka!

Ada juga penyangkut macam keychain. Boleh sangkut pada tali handbag kalau tak ada ruang dalam beg.

Hadiah Istimewa Pemberian Blogger Fanny Dari Indonesia ke Malaysia

Dalam kotak hijau pula ada macam-macam lagi dalamnya. Bak kata Uncle Gedek, bukan Fanny namanya kalau tak bagi macam-macam. Sama macam Kak Amie, bukan reti bagi satu. Semoga Allah limpahi rezeki buat mereka yang pemurah selalu berkongsi rezeki ni. Aamiin...

Hadiah Istimewa Pemberian Blogger Fanny Dari Indonesia ke Malaysia

Magic wallet

Uncle Gedek, saya nak berlagak juga tau dapat magic wallet ni. Boleh tak? hihi...Jangan marah aa nanti kena jual. Saya dapat versi warna pink lah tapi. Baru kena dengan jiwa seorang perempuan. Bagusnya Fanny study warna kegemaran saya. Love lah!

Magic wallet ni bukan magic keluar duit ye. Dia macam magic cara buka tutupnya tu. Fanny ada share linknya fungsi magic wallet ni. Okay nanti kita study macamana caranya.

Hadiah Istimewa Pemberian Blogger Fanny Dari Indonesia ke Malaysia

Aromatic cajuput oil madagascar vanilla

Fanny ni sangat teliti ye. Dia tahu je apa kesukaan kita. Agaknya saya asyik sebut suka bauan Vanilla, dia pun bagi aromatic cajuput bauan Madagascar Vanilla jenis roll-on. Pertama kali dengar cajuput. Rupanya Cajuput tu minyak kayu putih.

Bauan vanilla versi minyak angin. Sedap baunya.

Hadiah Istimewa Pemberian Blogger Fanny Dari Indonesia ke Malaysia

Handmade embroidery handbag

Buka kotak hijau ni buat saya tambah teruja campur seronok tengok bekas bersulam timbul/embroidery yang sungguh cantik ni. Warna merah jambu lembut pula tu kan. Warna favourite saya. Fanny sangat memahami.

Kalau dah handmade tentu harganya mahal. Lagilah buat kita lagi segan terima hadiah begini.

Hadiah Istimewa Pemberian Blogger Fanny Dari Indonesia ke Malaysia

Didatangkan bersama pemegang besi bulat berbatu bling-bling. Ada juga tali besi rantai untuk pemakaian gaya sangkut di bahu.

Hadiah Istimewa Pemberian Blogger Fanny Dari Indonesia ke Malaysia

Kemas je hasil sulaman timbul ni. Cantiknya lah! Bolehlah kita melaram nanti dengan beg ni nanti. 

Hadiah Istimewa Pemberian Blogger Fanny Dari Indonesia ke Malaysia

Perfume Islan Vanilla Breeze

Eh eh dapat perfume juga. Top note : tangerine, pear, almond milk. Middle: neroli, jasmine, water lily. Base: vanilla, amber, musk, lorenox.

Ringkasnya bauan yang  menyegarkan dengan bauan citrus dan jasmine. Sedap baunya. Spray sikit pun dah berbau semerbak. Cuma saya belum cuba lagi ketahanan berapa lama bau tu bertahan. Tapi EDP ni biasanya tahan lama sikit.

Botol perfume yang menarik dengan kemasan penutup batu marble.

Hadiah Istimewa Pemberian Blogger Fanny Dari Indonesia ke Malaysia

Siapa je tak seronok kalau dapat hadiah banyak begini. Setiap satu hadiah tu sangatlah bermakna. Saya menghargai kegigihan Fanny bawa dari Indonesia ke Malaysia dan kemudian post. Pula tu bukan saya je dapat. Ada beberapa lagi blogger lain yang dapat.

Nampak tak effort Fanny tu setinggi mana. Setinggi gunung!

Terima kasih banyak-banyak Fanny. Semoga dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan, dipermudah segala urusan dan Allah balas dengan segala kebaikan. Aamiin...

Semoga kita dapat berjumpa nanti bila Fanny datang Malaysia lagi. Seronok tengok rakan-rakan blogger yang berkesempatan berjumpa dengan Fanny. Masing-masing pun dapat juga hadiahnya. Bukan satu, banyakkkkk! 

Dahlah pemurah, baik hati dan peramah pula orangnya rajin datang tinggalkan komen di blog kita. Komen pun sekali banyak kalau datang menyinggah. Seronok dapat mengenali seorang Fanny.

blog Fanny : dcatqueen.com