Hai semua orang! Setelah berhari-hari Fiza tak update blog gara-gara kesibukan. Kesibukanlah sangat kan. Sibuk yang ditambah dengan sakit dan perlukan rehat. Hari ni barulah dapat kembali berblog dengan resepi menu diet yang Fiza amalkan sekarang. Antara menu diet yang paling senang dan cepat masak ialah Ikan Masak Singgang. Bukan menu diet je. Menu orang berpantang/orang sakit pun boleh juga.
Cara masak ikan masak singgang ni ada pelbagai cara dan pelbagai versi. Kalau Fiza, ikut versi mudah-mudah je. Nak senangkan kerja masak dan cepat masak. Biasanya Fiza akan buat hidangan untuk 2 orang.
Bahan-bahan
2 Ikan kembung/selar
2 biji Bawang merah
2 ulas Bawang Putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 batang serai
1 keping asam keping
Air
Bahan-bahan di atas Fiza potong halus je dan serai ketuk-ketuk je. Nak pedas sikit letak cili besar.
Cara Masak Ikan Masak Singgang
1. Didihkan air secukupnya dalam periuk. Kalau nak kuah lebih letak air lebih.
2. Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan yang telah dipotong dan serai yang telah diketuk tadi.
3. Kemudian masukkan ikan yang dah siap dibasuh dan tunggu je sampai masak. Biasanya ikan masak singgang ni sekejap je dah masak.
*untuk menu diet tak perlu letak garam. Tapi kalau tak biasa, letak garam sikit dan memadai.

Senang ya amat nak masak ikan masak singgang ni. Tak perlu nak menumis bagai. Tak perlu nak tunggu lama dan paling suka sebab cepat masak. Sedap pun sedap. Lagi-lagi menghirup kuah singgang. Boleh kenyang cepat.
Menu ikan masak singgang memang popular dalam menu diet. Kena dengan citarasa tekak orang melayu. Masakan rebus tanpa minyak memang sesuai untuk mereka yang berdiet. Jadi, kalau sedang berdiet tu, boleh masak ikan masak singgang kalau takde idea.

ini memang menu diet yang paling berkesan..ambiklah dalam seminggu confrm turun berat
ReplyDeletebetul. kena masak tanpa garam :)
Deletekalau kitorang tak jadi menu diet sebab makan nasi bertambah2 kalau kena lauk singgang ni..hihihi
ReplyDeletekann..sedap makan panas-panas menghirup kuah tu
DeleteHadoiii.. sedapnyee.. feberet ni.. seb bek dah pekene semalam kat kantin.. hehe
ReplyDeleteHehe..senang je masak. bila² boleh makan
Deletemak ccl selalu ajar resepi ni .. resepi yang cukup simple & bagus untuk kesihatan ..
ReplyDeleteYe, sangat simple :)
Deletekena dengan sambal belacan ni pun sedap ni
ReplyDelete~ Kisahsidairy~
pun sedap kak
Deleteikan singgang ni makanan kegemaran mat dan kan kalau aku ndak silap..:P..
ReplyDeletehehe..tak tahu pulak kita wak
DeleteSedap ni. Peberet Ruby. Huu makan bertambah tak sedar. Heee
ReplyDelete#kuatmakan
ratah je pun sedap juga kan
DeleteSy masak x letak halia,tp letak lengkuas...
ReplyDeleteMenu mudah sesuai utk ramadan
ReplyDeletesedapnya lauk singgah ni... memang terliur je sambil makan nasi panas-panas dan lembik sikit... hehehe.... makan dengan ikan goreng kunyit pun nikmat....tak puas makan...
ReplyDeleteSaya sukaaa lauk ni.. hihi... Dietnor x diet.. boleh bertambah dibuatnyaaa
ReplyDeleteLama dah tak masak menu ni.
ReplyDeleteSedap ni, lagi2 kalau ada sambal belacan.
Memang tak jd diet.. makin bertambah2 mkn.
Okay nak try resepi Kak Fizah. Uyul masak tuari tak jadi.
ReplyDeleteMemang sedap makan. Ulang-ulang makan tanpa sedar.
ReplyDelete