Urusan di KPJ habis lambat. Perut pun dah bagi tanda-tanda minta diisi segera. Beli Kopi Kenangan di Dataran Centrio Seremban 2. Alang-alang dah singgah situ, cari kedai makan berhampiran. Nampak Kedai Ayam Gepuk Pak Gembus sebelah Nasken Coffee.

Pertama Kali Makan Ayam Gepuk Pak Gembus

Pertama kali datang makan di Ayam Gepuk Pak Gembus ni walaupun dah lama dia terkenal. Baru sekarang kita nak mencuba rasa. 

Pertama Kali Makan Ayam Gepuk Pak Gembus

Serba kuning merah interior design Resto Ayam Gepuk Pak Gembus ni. Buat pesanan di kaunter dan sekali dengan bayaran. 

Pesan air mineral dan juga air honeydew latte. Ada ek air honeydew latte. Maksudnya campur susu lah tu. Apa nak dihairankan.

Pertama Kali Makan Ayam Gepuk Pak Gembus

Untuk makanan, pesan makanan yang sama je dengan pilihan sambal pedas. Dia ada empat tahap kepedasan sambal iaitu tidak pedas, sedang, pedas dan extra pedas. 

Pertama Kali Makan Ayam Gepuk Pak Gembus

Ayam crispynya diperap elok, berasa isi ayam dengan bumbunya. Cuma ayam dia saiz remaja. Tak besar sangat dan sedang-sedang je. 

Pilihan sambal pedas dia tu pada saya dah tahap level extra pedas. Bukan main pedas lagi. Encik Suami orang Nismilan first time makan berpeluh menahan pedas. Tapi saya orang Johor rileks lagi makan pedas. 

Berpeluh makan juga tapi masih boleh tahan lagi. Perghhh...pedas bukan biasa-biasa level pedas dia. Mujur tak pilih extra pedas. Kalau tidak, tak dapat bayangkan betapa pedasnya tu.

Pertama Kali Makan Ayam Gepuk Pak Gembus

Kami pilih menu set sekali dengan air. Kira berbaloi lagilah kan. Berbaloi porsi hidangan dengan harganya. Saya suka sambalnya walaupun pedas sebab jenis sambal yang dimasak elok sampai pecah minyak. Bukan jenis sambal mentah disiram minyak panas. 

Tapi kalau dia buat jenis sambal mentah tapi disiram minyak panas juga, kira pandailah dorang buat sambal jadi sedap. Kan! Kalau tak silap, boleh tambah sambal dan nasi percuma dengan syarat nasi dan sambal tu dah habis dimakan.

Tidaklah kami menambah. Porsi nasi pun dah cukup banyak untuk saya. Sambal pun cukup-cukup makan nasi ayamnya. Ada yang pernah cuba sambal extra pedas ke?