Masa shopping di Jaya Grocer, belek-belek lah kejap rak jem tu. Nak cari stok baru sebab yang peanut butter tu dah nak habis. Lama menghabiskan masa depan tu je dok belek satu-satu mana yang berkenan. Yang penting no sugar!
Kami sepakat memilih hazelnut chocolate cream jenama Symphony Spread.
Good To Know: No Preservative, No Flavouring, No Colouring, Non-GMO.
Berkenan juga dengan dia punya packaging, premium dan lain dari yang lain. Ada sebab packaging tu macam tu. Untuk elakkan dari terkena panas atau cahaya bagi menjaga kualitinya.



Ada beberapa perisa lagi peanut butter cream dan matcha. Tapi matcha dah habis ye. Licin kat rak tu. Kalau ada nak jugalah rasa. Boleh rambang mata dibuatnya nak memilih. Nanti nak cari pistachio pula lah. Tapi harganya boleh tahan juga. Aigooo...

Ingatkan penutup kertas tu penutupnya. Rupanya dalam tu ada penutup besi macam biasalah.

Isi dalamnya tak penuh sangat. Teksturnya halus dan tak ada cebisan hazelnut. Elok dikisar halus. Aroma dark chocolate dan kacang buat rasa tak sabar nak makan.

Saya makan dengan roti sourdough tu sedap gila. Dahlah roti lembut, sapuan pun sedap. Dark chocolate tu sememangnya tak manis dan ada pahit-pahit coklat tu. Terasa juga kacang hazelnut yang berlemak. Gabungan coklat dan kacang hazelnut yang sedap. Boleh pergi jauh makan sampai 2 keping.

Ada beberapa perisa lagi peanut butter cream dan matcha. Tapi matcha dah habis ye. Licin kat rak tu. Kalau ada nak jugalah rasa. Boleh rambang mata dibuatnya nak memilih. Nanti nak cari pistachio pula lah. Tapi harganya boleh tahan juga. Aigooo...
3 Comments
dia punya packaging pun cantik dan kemas. lps habis bekas tu boleh isi benda lain
ReplyDeletenampak sedap. apa saja asal hazelnut memang kegemaran saya
ReplyDeleteBoleh tahan harganya berbanding botol dan isinya tu yang tak banyak sangat. Tapi, botolnya tu betul² cantik lawa dan kreatif. Ni mesti sambil kunyah roti sambil membelek botol. Semoga jumpa la nanti flavour pistachio tu ya.
ReplyDelete