We added a restriction to your account. Eh apa benda ni? Terkejut tengok paparan ni keluar masa buka account instagram di desktop. Dah kenapa? Encik Suami pun kena benda yang sama tapi pada hari yang berbeza.
Kita ni bukan jenis hari-hari upload story atau post. Post pun kali terakhir tahun lepas. Apooo nak hacked account lemah macam ni. Lepas tu saya tengok messages penuh dengan spam messages yang saya hantar kat orang. Padahal bukan saya hantar.
Maknanya apa? Kena hacked lah tu. Kemudian orang tu spam message entah apa-apa ke link entah pada orang lain. Semuanya dihantar kepada Korean Instagrammer. Hmmm...Siapalah punya kerja.

Saya delete dan logout account saya. Lepas tu masih juga tak boleh hantar message atau balas message sesiapa yang dm. Mula jadi pad 19 November 2025 dan tak boleh hantar message sampai 26 November 2025.
Lepas tu dapat lagi pada 22 November 2025 dan tak boleh hantar message sampai 23 November 2025 pula.

Kali terakhir dapat lagi pada 23 November 2025 dan berakhir pada 30 November 2025. Aikk bersambung-sambung pula dia. Ini sudah lebih ni. Saya buat report pada help di instagram. Harapnya selesailah masalah.

Buat masa ni tak bolehlah nak berbalas message di instagram. Janganlah cop saya sombong pula. Keadaan tak mengizinkan. Ini pertama kali jadi macam ni kena restriction. Sebelum ni pernah beberapa kali kena hacked.
Mujurlah dapat kembali. Tak faham kenapa berminat sangat dengan account saya yang sendu tu. Alahaiii...
Ada yang pernah jadi macam ni tak? how can I fix my restricted instagram account?
32 Comments
Begitu pula kisahnya ye Fizah. Macam-macamlah dunia digital sekarang ni. Makin lama makin banyak kacau-bilaunya.
ReplyDeleteSaya dah lama tak buka Instagram. FB pun terus sendu tak update. Tak tahu apa khabarnya akaun-akaun tersebut.
Itulah tu. Tiba je. Tak pasal-pasal kita jadi mangsa. Rasa tak best dah social media sekarang. Suka update blog je kan kita ni kak Amie.
Deletehuhu tak pernah kena mcm ni..harap x kena laa.. kita ni dah ler jarang buka IG. haha
ReplyDeleteSyukur tak pernah kena. Pelik kan, kita tak aktif pun jadi mangsa juga. huhu...
DeleteAkak dulu IG pernah kena hack. Orang lain take over padahal akaun sendu juga. Pastu dia post benda lucah. Pastu terus akak tutup akaun tu. Habis cerita. 😁
ReplyDeleteDorang ni kadang random je kot kan. Tak pasal kita jadi mangsanya. Nak buat account baru macam malas dah.
DeleteAduhai..macam2 hal la..ada je cubaan nak hack kan
ReplyDeleteItulah tu. Ada je lah orang dengki. Yang tak bestnya kita pulak jadi mangsa.
Deletelama juga tk bole balas msg tu
ReplyDeleteYa, lama betul. Kalau sehari tu okay lagi. hmm...terpaksa la menanti dengan sabar.
Deletesaya pernah kena hack ig jugak. punca dia jadi daripada emel saya yg kena hack, membawa smpai ke ig dan blog saya pun hampir2 tak dapat diselamatkan masa tu. perasan ada orang masuk ig saya pun lepas tba2 profile picture saya bertukar, kemudian ada account2 yg saya tk pernah follow ada dalam list following pulak. tpi mujur saya sempat private ig, tukar pw dan set up 2 authentication tu
ReplyDeleteYa Allah. Bahayanya kalau email kena hacked. Macam-macam dorang boleh buat. Mujurlah sempat tukar semua tu dan dapat diselamakan.
DeleteAkk takde akaun IG.. tak tau la camne ianya berfungsi. Tapi tak sukalah kan, breach of privacy. Simpan je la SS tu Fiza as a bukti, just in case something bad happen. Socmed ni macam² boleh berlaku :(
ReplyDeleteBetul, bila dah kena hacked. Kenalah kita tukar semuanya. Ya, simpan buat bukti. Risau kan.
Deletedekat IG tak pernah lagi...kalau dekat FB selalu posting yang kena padam.. hahhaa
ReplyDeleteAlahaii. kena padam lah pulak. Ada je yang tak kena kadang kan. Tak faham betul.
DeleteKalau kena hack, memang teruk lah. 😭
ReplyDeleteItulah tu. Sedih betul. Harapnya cepatlah settle dan tak berlaku lagi.
DeleteUii...Serammmm ekk..Tak pernah jadik lagi..setakat takleh Komen kena banned tu pernah la jugak...Huhu...
ReplyDeleteMoga takda yang memudaratkan ye..
Seram kalau dia buat bukan-bukan atau spam kat orang lain. Yang tak bestnya tu lah, kita pulak yang kena terima akibatnya tak boleh komen dan message tu kan. Harapnya tak berlakulah yang pelik-pelik lagi.
DeletePernah beberapa teman saya yg influencer di sini, akunnya kena restricted juga. Tp sebab dia share banyak postingan iklan dalam 1 masa. Dan memang hrs menunggu sampai hari terakhir restricted.
ReplyDeleteKalau case kakak, sebab di hack kan. Aduh seram juga.... Kakak dah aktifkan 2 ways authentication kan? Ganti pasword dulu semua, harap2 si hacker tak bisa masuk lagi . Percuma saja kalau dia masih bisa akses akun kakak 😔
Saya punya kes kena hacked lepas tu orang tu spam message. Nak tak nak kenalah menunggu sampai waktunya. Dah aktifkan 2 ways tu lama dah. Tetap juga jadi. Dah tukar password dan logout. sama juga kena hacked. Tak faham sudah. huhu...
Deleterisau kan jadi macam ni. Takut hacker mencuba nak handle IG. Tapi tak dapat. Tu yang kena restriction kot. (memandai je).
ReplyDeleteItulah tu. Kalau dah take over apa pun boleh jadi. Rasanya kena restricted sebab dia spam message kat orang lain.
Deletebanyak betul masa hacker tu ye. masalah ammi ialah bila buka IG tiba-tiba tengok banyak je video remaja-remaja. rupa-rupanya Kyra dok login IG dia kat phone ammi. Tanjat kita
ReplyDeleteKann...macam takde kerja lain nak buat. Ohh patutlah. Sebab tengok yang sama, algo dia pun terus gitu je lah.
DeleteIsk macam mudah dorang hacked. Seriau pula. Dah selesai ke masalah Aphizha. Akak tidak tahu bagaimana sebab tiada ig.
ReplyDeleteItulah tu. Macam mudah je padahal kita dah buat two factor authentication tu. Belum lagi kan. Masih tunggu masa restriction habis baru boleh balas message.
Deletemesti hacked tu sebab nak jual akaun laa tuuuu
ReplyDeleteHarap taklah. Malas nak buat account baru. huhu...
Deleteso far tak pernah kena...ur IG tu public ker private? mine i buat private access ajer
ReplyDeleteBaguslah macam tu. Saya punya ig private.
Delete