Tahu tak roti sourdough ada jual kat Pharmacy Alpro? Saya pun baru tahu. Tak ingat siapa yang share dalam TikTok. Dah lama juga rasanya teringin nak mencuba rasa roti sourdough ni. Ini pertama kali baru nak mencuba.
Lulus diet katanya sebab rendah GI (Glycemic Index). Bukan sekadar itu, rendah karbo juga sesuailah untuk mereka yang mengamalkan diet atau untuk pesakit kencing manis (diabetes).
Cantik elok packaging dia dengan zip lock. Pekerja farmasi terangkan cara simpan dia kena masukkan dalam peti ais sejuk beku tu. Tahan 7 hari. Nak makan, keluarkan je dan biarkan sekejap.

Ingatkan keras kematu lepas keluarkan dari dalam peti ais. Rupanya tak keras ye. Dia lembut yang amat. Dahlah lembut, sedap pula tu. Tak cukup sekeping macam ni. Kalah dengan roti lain ye.
Banyak juga flaxseed oat. Roti tak ada bau pelik dan tak ada rasa masam yis tu. Bau roti yang sedap.

Untuk satu bungkus ni harga dia RM14.90. Kenapa mahal? Sebabnya proses pembuatan yang memerlukan masa yang lama. Proses adunan dan fermentasi tu ambil masa. Nak hidupkan yis lagi berhari-hari. Bahan-bahan yang digunakan pun berkualiti.
Makan begitu je pun dah sedap. Inikan pula kalau buat roti bakar ke, sandwich, sapu any jem ke kan.

Ingatkan keras kematu lepas keluarkan dari dalam peti ais. Rupanya tak keras ye. Dia lembut yang amat. Dahlah lembut, sedap pula tu. Tak cukup sekeping macam ni. Kalah dengan roti lain ye.
Banyak juga flaxseed oat. Roti tak ada bau pelik dan tak ada rasa masam yis tu. Bau roti yang sedap.

Kelebihan Roti Sourdough LowCarb Flaxseed Oat
- Indeks Glisemik (GI) Rendah: GI 37 membantu menstabilkan gula darah berbanding roti putih (GI 72)
- Rendah Karbohidrat: 2 keping roti ini mengandungi jumlah karbohidrat seperti 1 keping roti biasa
- Tinggi Serat: Membantu anda rasa kenyang lebih lama dan menyokong pencernaan yang lebih baik
- Tinggi Protein: Mengandungi lebih banyak protein daripada roti biasa
—sumber AI overview.
Makan begitu je pun dah sedap. Inikan pula kalau buat roti bakar ke, sandwich, sapu any jem ke kan.
2 Comments
Buat sandwich sedap ni. Boleh la buat menu diet.
ReplyDeleteSedap, bakar sikit dengan butter pun sedap. Sesuai sangat untuk menu diet.
Delete