Dah alang-alang kat Bangi tu kononnya nak merasa lah tiramisu premium dari Keyes Bakehouse dalam bekas besi (metal box) yang ekslusif. Katanya terpaling sedap. Ada jual di TWT Coffee Bangi dekat Ostia Bangi tu.
Sekali bila sampai, kecewa bila terpandang papan tanda ni.
Kempunan kita wak. Tak dapat merasa tiramisu premium ni. Kena tunggu jam 10.00 pagi tepat tu baru dapat. Kalau kena beratur panjang, ikut rezeki masing-masing lah dapat ke tidak.
Esoknya saya tak pergilah. Malas lah kalau nak kena beratur ni. It's okay, bukan rezeki saya nak merasa. Harga tiramisu Keyes Bakehouse ni kalau tak silap saya RM29.90 sebekas. Kalau sedap, kira berbaloilah. Tapi Sedap tu subjektif ikut selera tekak masing-masing.
Kononnya kalau tak ada tiramisu nak beli banana pudding. Banana puding pun habis daaa. Nampaknya betul-betul tak ada rezeki nak mencuba. Kami datang pun dah jam 2.00 lebih kot. Mestilah dah habis awal. Hmmm...
Sekian curhat dari seketul Fiza.
24 Comments
Kena tunggu orang dah tak cari lagi tiramisu agaknya.
ReplyDeleteAgaknya lah. Tunggu sepi sikit.
DeleteMenarik dan nampak eksklusif.
ReplyDeleteTapi kalau kena beratur, akak tak berapa rajin 😅
Takpelah makan je tiramisu lain.
Memang nampak exclusive. Nak beratur tu saya pun tak berapa rajin jugak. hihi..Kalau boleh sampai-sampai terus beli je.
DeleteInsya-Allah, nanti ada tu rejeki Fizah untuk cuba tiramisu yang syedap itu.
ReplyDeleteInshaAllah...kalau ada rezeki saya, adalah nanti tu.
DeleteMasih lagi menjadi buruan ye tiramisu ni. Belum habis musim.
ReplyDeleteSelagi ada demand, selagi tu orang repeat, selagi tu lah dia masih ada. Belum habis musim nampaknya kan. Sana sini masih lagi bertiramisu.
Deleteviral kan tiramisu ni , harga T20 sikit tapi kalau premium rasa berbaloi juga . Moga ada rezeki kemudian hari nanti, dik.. aamiin
ReplyDeleteA'ah. Viral dan masih trending lagi. Kalau rasa seiring dengan harganya kira okay jugalah tu.
DeleteAamiin...Terima kasih kak AJ.
Bukan rezeki ya.. Takpelah InsyaAllah ada rezeki lain tu nanti..
ReplyDeleteTak ada rezeki nampaknya. InshaAllah kalau ada rezeki saya, adalah nanti tu.
DeleteWalupun dah lama viral...still sold out yer...
ReplyDeleteTahu takpe, sold out memanjang. Nak beratur, saya malas. hihi...
Deletekena repeat nampaknya.
ReplyDeletekekadang yg kita tak berharap nak makan tapi sudah ditakdir rezeki eh dapat makan.
kekadang yg kita harap nak makan, tapi sudah tersurat rezeki kita dapat rasa makanan yg lain.
begitulah kehidupan~... sabar ea, jangan berputus asa okey.
It's okay. Faham bukan rezeki kita kadang. Kot kalau ada area situ, bolehlah singgah tengok kot ada rezeki kita pulak kan.
DeleteNaah yg dijual di jakarta, dan agak hype juga yg miriiiip ini kak, pakai wadah Stainles. Trus dijualnya di vending machine . Yg kasih tahu saya supaya beli dan rasa, itu kak Retna anakomak. 🤣🤣🤣.
ReplyDeleteDia pula yg lebih tahu di jakarta ada yg jual hahahahah. Saya yg orang JKT malah tak tahu
Tapi saya belum coba, Krn agak jauh dr rumah saya. Nantilah weekend nak cari
Mesti premium jugak kan Fanny kalau diletakkan dalam bekas begini. Oo vending machine lagi mudah orang nak membeli. Hihi..KakRetna lebih arif pasal Jakarta ya.
DeleteNanti cari bolehlah review.
Happy makan tirimusu ya..
ReplyDeleteTak ada rezeki dapat merasa tiramisu ni.
DeleteAlahai xde rezeki ye...kalau yg premium dan tular memang susah nak dapat, CBTL pun akak x dpt lagi...cuba la Chizu kat IOI Mall Putrajaya Fiza....
ReplyDeleteTak ada rezeki saya nampaknya. Kena cuba lain kali kalau berkesempatan terlimpas sini awal. CBTL saya tak hunting pulak. hihi..Okay baik kak. Kalau ke IOI lagi boleh cuba.
Deleteammi belum pernah ada rasa nak makan tiramisu walaupun heboh org dok viralkan. reward zus buy 1 free 1 kek sempena birthday pun nantilah tunggu kyra balik cuti lagi sekali baru ktia redeem. kalau tak sapa pulak nak makan
ReplyDeleteKalau tak teringin okaylah tu, jimat duit. Syok makan sama-sama ibarat celebrate birthday sama-sama gitu.
Delete