Lepas balik dari Desaru Johor, rehat sehari di rumah lepas tu check in The Everly Putrajaya Hotel sempena wedding anniversary pula. Pilih menginap di Putrajaya sebab malam tu Encik Suami akan main badminton di Bangi.
Malas nak stay Bangi, kita stay Putrajaya jiran sebelah je tak jauh. Kami pilih The Everly Putrajaya Hotel dekat je dengan Alamanda.
Nak pergi Alamanda Shopping Mall juga cerita dia sebab nak cari kasut. Sebelum check in tu kami pergi kejap, sayangnya tak ada kasut tu. Kena order online juga. Baiklah!
Sebelum tu kami makan tengahari di Restoran Mak Kimbong. Kedai makan masakan kampung dan bakar-bakar yang kadang jadi tempat makan Encik Suami waktu lunch. Kami makan ikan bakar, ulam dan sambal je.
Ramai betul orang kat situ makan tengahari. Banyak pilihan lauk pauk. Tak dapat nak ambil gambar sebab sesak dengan orang. Dah kenyang makan tengahari baru pergi Alamanda Shopping Mall dan kemudian check in hotel.
Hari Sabtu, ramailah orang nak check in kan. Di sini pun saya perhati ramai orang Indonesia di lobby. Ramai bercuti dengan keluarga. Sama macam saya pergi Desaru haritu.


Macam biasa masa booking kami request high level. Tapi lupa nak request view tasik. Lupa hotel ni ada tasik. Aduhaii..sayang betul. Kena stay sini lagilah nampaknya kan. Nak view tasik punya pasal. hihi...
![]() |
Hallway ke bilik-bilik |

Kami dapat tingkat 14. Kami booking bilik Premier King. Baru best dapat bilik katil saiz king.



Toilet di ruang yang luas sebelah bilik mandi je. Tapi tak faham kenapa tisu holder kena ada sampai 2 sekali. Bilik air dan toilet ni boleh dikatakan bersih. Tak ada bau pelik. Air ventilation bagus. Tersedia 4 helai tuala.

Saya perasan hotel ni bertemakan itik. Kiyowo! Cute betul eh semua itik-itiknya. Cecair sabun, shampoo dan body wash ikut tema warna botol. Tag pintu pun comel.

Tent card yang diletakkan atas katil ni comel. Kalau stay sehari tak guna lah kad ni.

Tempat letak access kad pun comel haihh Chef Itik. Apeni comel-comel je kartun itiknya. Tumpang kecomelan itik kejap.

Tak ada tema yang special sempena anniversary. Dah tak boleh nak fikir pakai apa, penat travel ke Desaru tak hilang lagi, kita dah check in tempat lain pula. Kita pun sekadar nak tidur hotel je. Tak ada kek special atau aktiviti special atau makan-makan. Itu semua tak sempat nak rancang.
Okay, sambung tour bilik. Meja dan kerusi selesa. Dapatlah Encik Suami buat kerja juga. Cuti pun kerja juga ek. Kenalah...

Ini dipanggil apa? Sofa bed? day bed? Tapi tak empuk ye. Sakit badan ni kalau baring kat sini. Duduk pun tak selesa sebab rasa macam keras je. Buat tempat ambil gambar nice lah.

Ini pula POV dari dalam nak keluar bilik. Bilik luas dan selesa sangat. Dapatlah kami berehat seketika di sini.


Salah satu yang menarik pandangan mata saya, tangga spiral ni. Pandangan dari tepi dan dari bawah. Saya ambil gambar ni semasa balik dari main badminton waktu malam. Dari parkir naik tangga ke lobby dan lif ke bilik.

Permandangan dari dalam bilik waktu malam. Tak cantik pula gambarnya ada reflection cermin. Dah tutup lampu semua masih ada reflection cahaya tu. Hmm...letak je lah.

Ingatkan lepas main badminton nak pesan dine in room tapi tak sempat. Sampai lambat. Menu-menu dia nampak sedap dan harga dia agak berpatutan juga.

Bilik hotel ni best, agak kedap bunyi juga. Bantal dan tilam empuk, lena tidur. Rasa tak cukup sehari bermalam di sini. Kena bercuti 3 hari 2 malam juga baru puas hati. Ada peluang nak bermalam lagi disini tapi nak view tasik pula.
18 Comments
Aduh!! Comelnya.. Geram pula kita yang tengok.. Cute sangat ini..
ReplyDeleteHihi..Comel ya amat Cik Itik semua tu.
DeleteNampak menarik dan selesa
ReplyDeleteSangat menarik dan selesa wak.
DeleteCutenya!
ReplyDeleteSangatttt...
DeleteNice giler bilik ni..Happy Anniversary =)
ReplyDeleteSangat nice. Terima kasih.
DeleteAaaaa.. rasa tak nak balik tu sebab semua barang² dalam tu cute-mute. Nampaknya kena staycation lagi kat situ, jangan lupa kali tu request bilik view tasik. Kalau view tasik kena duduk 7 hari baru puas mencintai, hihi.
ReplyDeleteKannn..terlampau kiut miut. Haa...kena repeat jugak sebab nak view tasik. Wahhh kalau 7 hari mencintaiku ttu boleh buat drama dah. kikikiki...
Deletecomelnya tema kartun itik. geram lak tengok
ReplyDeleteItulah tu, geram tengok terlebih comel. Budak-budak lagilah suka kan.
Deletesuka nya sofa yang build in tu...teringin nak buat satu kat rumah..hahaha...tapi tulah, rumah teres tenagh2, mana lah nak letak lokasi nya..hihihi
ReplyDeleteMungkin boleh tambah area luar rumah tempat lepak ke kan. Macam menarik juga.
Deleteseb baik tak pakai outfit kuning, kot tak da sama tema itik, tapiii comel.
ReplyDeleteboleh jadikan kenangan anniversary tema itik, haaa.....
yang penting momen utk kenangan takpe la kek-kek tu semua, nanti-nanti boleh dicari.
Hahaha..kalau pakai kuning, geng itik lah kami. Ye, kita create kenangan bersama gitu.
DeleteSaya pun ikut jatuh cinta melihat gambar-gambar Everly Putrajaya Hotel ini. Luar dalam, nampak cantik dan selesa.
ReplyDeleteRestoran Mak Kimbong tu Kak Amie pernah makan tengah hari di situ. Banyaknya lauk-pauk. Sayangnya tak berapa selesa makan di situ sebab pelanggan terlalu ramai, bersesak-sesak mencari tempat duduk sampai semeja bercampur dengan pelanggan lain!
Kalau bercuti di Putrajaya, bolehlah menginap di sini kak Amie. Firdaus pun mesti seronok.
DeleteYeee Kak Amie, sesak sungguh la. Kebetulan masa kami datang tu ada juga meja kosong tak bercampur dengan yang lain. Walaupun dia banyak ruang makan shoplot dan bahagian atas tu tapi tetaplah sesak ramai orang. Tapi tulah lauk pauk dia banyak, itu yang jadi pilihan ramai. Tapi husband saya cakap kalau hari biasa waktu bekerja tu okay je tak sesak sangat macam weekend.