Tak suka taugeh, sila skip entry ni. Entry ni untuk geng taugeh kipas susah nak mati. Bukan kipas lipas. Untuk menu pertama tempe homemade organik Non-GMO, saya rancang nak masak campur taugeh tumis je.
Tumis bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili api. Cili api letak 2-3 tangkai je, tak banyak. Bahan tu kena tumbuk dia akan jadikan masakan lebih sedap selain ditambah masak dengan kasih sayang.
Tumis pun guna minyak sikit je. Perasakan dengan garam sikit. Dah garing masukkan taugeh dan goreng sekilas je gitu untuk kekalkan kerangupan taugeh. Itu cara masak kalau taugeh sahaja.
Kalau ada geng lain, lepas tumis tu boleh masukkan tempe dan tauhu dulu, kemudian kucai. Akhir sekali baru taugeh.
Cara saya, kalau campur tauhu dan tempe wajib goreng dulu baru dicampur selepas tumis tu. Nak lagi sedap campur kucai. Ada 4 ni, taugeh, tauhu, tempe dan kucai baru lengkap.
Tapi saya tak ada stok tauhu pula. Ada 3 ni pun bolehlah.

42 Comments
Akak suka tauge tapi x suka tempe...hehehe...nak buat la tauge masak lemak putih .
ReplyDeleteTak bolehlah gitu masak macam ni. hihi. Taugeh masak lemak putih sedapnya, campur tauhu.
DeleteSini sudah sampai geng taugeh kipas susah mati, hahahha. Ialah, taugeh rangup² baru sedap, kena goreng sekilas aje, aaa.. shiappp!
ReplyDeleteKita geng! Kann..sonang yo nak masak.
DeleteThe best combination.
ReplyDeleteAbsolutely! Nyummy.
DeleteMenu peberet akak ni dik oi....tauge masak apa pun akak memang suka lah.
ReplyDeleteSamalah favourite kita kak Dana. Betul, masak apa pun sedap. Berselera makan.
DeleteSy mkn je taugeh...Tp bila order CKT xmo taugeh & daun kucai =D
ReplyDeleteEh, macam tu pulak ye. Aneh-aneh selera tu kak. Dia macam makan durian tapi tak makan tempoyak. Begitulah selera kita...ada itu ini yang tak makan.
Deletetaugeh & kucai pun sedap dah..tambah tempe, extra sedap la kannn
ReplyDeleteviral plak tauge lately ni kan.. ha ha ha
Ada tauhu lagi sedap tu.
DeleteTerhangat di pasaran sekarang taugeh ni. Sana sini orang cakap pasal taugeh.
Akk kalau jumpa tauge goreng camni mmg inilah Akk ambil dulu. Pastu regu dgn ikan goreng letak kuah pajeri. Aduh sedapnya Fiza. Mujur baru lepas lunch 😆
ReplyDeleteAda dengan ikan goreng dan sambal ngam. Aduh, cakap pasal pajeri. Teringat-ingat pajeri nanas yang sedap. huhu...
DeleteNak skip sebab taugeh tapi peminat tempe pulakkk.. Kena jenguk jugak entri ni..Haha..Tapi saya Makan aje walaupun campur taugeh.. Takdelah terlalu haters pada dia..kikiki
ReplyDeleteHihi..kira bukan pembenci taugeh lah kan kalau boleh makan. Tak ada pilih-pilih asingkan, bagus tu nona. Jangan nangis sudah :p
DeleteDapnya taugeh rugi la kalau tak makan. Ratah gitu je pun sedap.
ReplyDeleteKannn..rugi tak makan. Saya pun suka ratah gitu je. Dapat yang fresh dan rangup tu berselera betul makan.
Deletesedap...peberet kakmieja jugak....nyummmyh
ReplyDeleteWah ramai geng taugeh komen di sini. Kita geng taugeh! Of courselah sedap.
DeleteTak boleh skip ni. Kita gang taugeh. Apalagi taugeh rangup!
ReplyDeleteYeay kita geng taugeh! Ramai geng taugeh berkumpul disini. hihi...Rangup rangup tu lagilah sedap.
DeleteSayaaaaa, fans berat tauge, tempe dan tahu 😄😄😍😍😍. Tapi saya jarang menyatukan mereka hahahaha. Sedaaap juga pasti dibuat begini kak. Saya pun jarang masak tempe dengan garam, sebab nanti mengubah rasa asli dari tempenya
ReplyDeleteYeay! Ramai geng taugeh ni. Ya, sedap masak begini. Nanti cubalah Fanny.
DeleteKannn..masak tempe tak perlu bergaram dah, baru sedap! Kurangkan garam dalam masakan. hihi...
saya taugeh lover hehhe
ReplyDeleteSamalah kita. hihi...
Deletesedap taugeh
ReplyDeleteSedap bagi pencinta taugeh, kan!
Deletesuka tempe, tapi tak suka tauge :p kita tukar resipi tauge tu jadi kacang panjang boleh jekan? hehehe
ReplyDeletePun boleh. Tempe campur kacang panjang pun saya selalu masak juga. Tambah udang sikit, sodap!
Deletekalau ada lauk mcm ni sy suka judukan dgn ikan goreng...
ReplyDeletekonpem mkn bertambah2
Ya, saya makan dengan ikan kembung goreng dan juga sambal geprek. Tak menambah sebab kami jenis makan nasi sikit tak bertambah sekarang. hihi...
DeleteAlhamdulillah..
ReplyDeleteAlhamdulillah...
Deleteringkas dan sedap, selain tumis ringkas begini boleh masak lemak putih juga. dapnya... okey nak g cari taugeh.
ReplyDeleteRingkas dan sedap tu yang biasa jadi pilihan. Masak susah payah ni dia akan jadi malas. Yup, masak lemak putih pun sodap. Kena ada tauhu juga lagi sedap. Selamat mencari taugeh.
DeleteMasakan ringkas macam ni bisa bikin bertambah nasi 2 pinggan. KSarie suka makan sayur taugeh segala. Tapi kalau taugeh tuh ada dalam soto ke ketiaw goreng ke tak beberapa suka tak tau kenapa😅
ReplyDeleteKann..lauk macam ni bertambah-tambah selera makan. Oo macam tu pulak ye. Pelik betul. Padahal makan je taugeh tu. hihi...
DeleteSuka taugeh juga masaklah apa pun. Kena ada kucai barulah warnanya menyerlah.
ReplyDeleteKalau tak goreng tempe dulu lepas masukkan bawang, cili terus masuk tempe pun boleh tapi kalau sikit minyak tak garing pula.
Kann..taugeh masak apa pun sodap! Betul, ada kucai lagi menarik hidangan taugeh tu. A'ah, kalau nak cepat masak, buat macam tu juga. Sekalikan je. Samalah konsepnya kalau nak cepat campur tauhu kan. Kita buat dia. hihi...Dapat rasa garing-garing sikit pun okaylah.
Deletepenggemar tauge hadir. masa kecik dulu kalau arwah mama goreng taugeh ehhh berebut kitorang makan macam eksklusif sangat sayur tu padahal togeh je pun. masa tu beli seplastik baru 30-40 sen je.
ReplyDeleteYeay! Ramai geng taugeh berkumpul di sini. Sedap kan sayur taugeh ni. Murah betul harga taugeh dulu kan. Puas makan.
Delete