Haritu singgah Family Mart nak beli stok bekalan makanan dalam perjalanan menuju ke Putrajaya. Nak beli makanan ready to eat macam roti atau onigiri dan sewaktu dengannya. Lepas memilih onigiri pilihan hati, terus ke rak roti pula.

Nampak ada roti Gardenia quick bites perisa durian yang terlajak laris tu. Kebetulan tinggal dua je di rak tu. Tak tunggu lama, terus ambil kedua-duanya. Roti yang dicari-cari akhirnya jumpa juga. Yeay!
Orang lain dah lama merasa. Kita je baru nak merasa.

Roti Gardenia strawberry pun ada tapi saya tak ambil sebab dah rasa haritu. Tak sabar nak rasa yang perisa durian dikatakan sedap ni. Buka je bungkusan roti ni harum semerbak bau durian dia.
Roti warna hijau yang gebu lembut. Isi krim perisa duriannya terasa durian sangat. Krimnya rasa seperti aiskrim durian. Sedaplah dimakan. Patutlah ramai yang suka dengan roti gardenia quick bites perisa durian ni.

28 Comments
Aiseh hari tu dah beli tapi tak sempat nak merasa dah habis. Banyak juga produk-produk roti baru yang menarik untuk dicuba sekarang ni.
ReplyDeleteTak ada rezeki. Takpelah, lain kali beli kena beli extra kalau ada lebih. Ye, betul. Ada terbaru yang inti sambal tu.
Deleteyeay, tahniah anda sudah berjaya.
ReplyDeletecomelkan kita semua? memburu roti duyan dan stoberi. hiii...
Yeay! Itulah tu. Masing-masing sibuk memburu roti ni.
Deletebau semerbak...hari tu jumpa dekat econsave Seri Iskandar...jauh jumpa...kikiki
ReplyDeleteOhh kat tempat jauh jugak dia nak jumpa ek. Agaknya tempat sendiri terlajak laris.
DeleteBetul, sy pun suka. Bab bau semerbak tu memang memanggil sangat, kan. Nasib beli dua tu, dan nasib tinggal dua.
ReplyDeleteKira rezeki kami lah ni tinggal dua je. Dapatlah sorang satu. Kalau tidak kena berkongsi makan separuh separuh. hihi...
DeleteMZ dh beli 2x, rasa mcm too sweet laaa (MZ kurang tahan mkn benda2 manis)
ReplyDeleteBiasanya kalau sekali beli dah manis, tak beli lagi dah. Dah 2 kali tu masih boleh tolerate lah kiranya kan. Yang ni saya rasa macam kurang manis tak semanis jagung. Taste bud lain-lain. Maybe pada orang lain manis, pada kita tak. Kadang production juga berbeza batch.
Deleteperisa ni sedap. last week ayah saya beli banyak, jenuh nak ngabiskan
ReplyDeleteWah borong habis ye. Kalau expired date lambat lagi bolehlah makan slow-slow habiskan.
Deleteakak suka juga yg durian tp yg slalu fav semestinya yg jagung..yg strawberry br try aritu
ReplyDeleteWah peminat jagung. Jarang orang minat jagung sebab macam manis sangat.
DeleteKSarie sampai ke sudah tidak berkesempatan lagi merasa roti perisa durian dan strawberi. Maka haruslah kena buat siasatan di mana masih ada stoknya yar
ReplyDeleteCuba cari di Family Mart. Saya pun baru jumpa di Family Mart. Di Mydin, 7E asyik gagal je.
DeleteSedapkan?
ReplyDeleteDekat tempat Akk sentiasa ada stok skrg ni. Kira anytime ada la alhamdulillah boleh beli selalu
Sedap, terasa duriannya. Oo dah jemu agaknya dorang makan. Okaylah tu sentiasa ada stok. Kot teringin, terus dapat beli je.
DeleteBelum jumpa, nak kena cari jugak ni.
ReplyDeleteKalau terjumpa, kena terus beli. Kalau tidak melepas. hihi...
DeleteDulu roti ni cukup limited nak cari pun payah. Sekarang mungkin dah senang dah jumpa ya.
ReplyDeleteBetul! Sekarang ni lah baru nampak dia. Itupun dah hujung-hujung stok ada dua je tinggal.
DeleteSekarnag dah banyak dah...orang dah x rebut2 beli kot...tapi tu la akak x berapa suka yang durian ni...
ReplyDeleteSemua dah merasa kot. Tapi saya baru je jumpa. Tak kena dengan selera akak ye. Takpe, ada banyak pilihan lain.
DeleteSemoga saat saya ke Putrajaya nanti, bisalah ketemu roti Gardenia durian iniiii 😍😍😍. Nak coba juga ... Yg saya suka dari gardenia, Krn Roti dia lembuuut.
ReplyDeleteSemoga ada rezeki Fanny dapat jumpa roti ni nanti. Rasanya bulan November dah habis viral dah kot kan.
Deletesekarang ni dah senang nak cari roti durian ni...masa mula2 hype tu yang laju je kosong shelf. ammi dah cuba dan rasanya biasa jelah and surprisingly harganya lagi murah dari roti gardenia yang lain
ReplyDeleteSusah jugak Ammi. Saya pun baru je jumpa ni setelah sekian lama. Kat Mydin selalu habis. A'ah. Biasa juga macam roti yang lain. Kurang premium lah kot berbanding roti lain, tapi terlajak laris gitu.
Delete