Haritu pergi Sephora IOI City Mall nak beli perfume Prada Paradoxe Intense tu tak ada saiz yang saya nak. Bila saya check Sephora's apps, available untuk click & collect di beberapa store sekitar KL.
Balik rumah saya terus buat order via Sephora's apps sebab tengok stok tak banyak dah. Saya pilih click & collect di Sephora KLCC yang paling mudah kot. Tempat lain macam kena hadam jem kata Encik Suami.
Saya buat pesanan petang, malam tu dah boleh collect. Tapi taklah terus pergi collect sebab kami dah sampai rumah pun. Esoknya lah baru Encik Suami collect lepas balik kerja.

Masa buat pesanan tu kena letak sekali maklumat person in charge yang akan ambil order ni. Kalau kita sendiri yang ambil, maklumat kita lah. Memandangkan Encik Suami yang akan ambil, jadi saya letak maklumat dia.

Tak sabar nak bau perfume paradoxe Intense yang ramai review kata wangi dan tahan lama. Haruman yang lembut dan tak menyakitkan hidung.
Heart notes: Jasmine, Ambrette, Moss
Base notes: Bourbon Vanilla, Amber, Musk

Dah ada semua maklumat, lancarlah proses click & collect nanti. Ini kali pertama saya buat pesanan click & collect. Biasanya beli terus di store. Tak tahu pula paper bag pun dilabel dengan click & collect. Memudahkan kerja gitu kaedahnya kan.

Tak sabar nak bau perfume paradoxe Intense yang ramai review kata wangi dan tahan lama. Haruman yang lembut dan tak menyakitkan hidung.
Unik botol perfumenya. Dan semestinya comel. Liquidnya berwarna merah jambu yang sederhana terangnya tapi gelap sedikit daripada yang original. Intense ni versi lagi pekat dari yang asalnya. Bau tinggal belakang orang kata.
Dia ada beberapa jenis dalam paradoxe series ni. Yang terbaru tak silap saya radical essence, warnanya lagi pekat dan menyala.

Prada Paradoxe Intense
Prada Paradoxe Intense adalah versi lebih berani dan pekat daripada wangian asal Prada Paradoxe yang dilancarkan pada 2022.Wangian ini menonjolkan keseimbangan antara keanggunan feminin dengan aura misteri yang kuat. Ia sesuai untuk dipakai pada waktu malam atau acara istimewa kerana memberi kesan lebih tahan lama dan intensif.
Karakter: Lebih mendalam, sensual, elegan dan memikat berbanding versi asal.
Notes
Kategori: Floral AmberKarakter: Lebih mendalam, sensual, elegan dan memikat berbanding versi asal.
Nota utama
Top notes: Bergamot, NeroliHeart notes: Jasmine, Ambrette, Moss
Base notes: Bourbon Vanilla, Amber, Musk

Sekali semburan pun dah boleh cover untuk seharian ni. Bau pekat sampai melekat di fabric baju. Lepas basuh pun masih ada kesan bau dia sikit-sikit. Best betul bau dia floral yang lembut. Yang penting bila bau pekat tu tak sakit hidung. Bau pun tahan lama.
1 Comments
Wangi tertinggal di belakang ni. Dia punya wangi silap² orang ingat DCT yang lalu, hihi.
ReplyDelete