Lepas check out The Everly Putrajaya Hotel, kami terus gerak ke IOI City Mall yang tak jauh dari hotel. Sambung misi mencari luggage yang tak dapat masa jalan-jalan di JPO haritu. Bukan itu je misinya, nak mencari hadiah untuk Encik Suami dan juga perfume baru saya.
Nak pergi Uniqlo juga beli baju dan keperluan lain. Banyak betul misinya. Mulanya kami pergi Uniqlo. Dapatlah beli apa yang nak dibeli. Terlebih satu dari apa yang nak dibeli.
Masuk Sephora, keluar dengan kecewa sebab saiz perfume yang saya nak tu tak ada stok. Ada saiz besar je. Tengok dalam apps, ada stok saiz 30ml di Sephora KLCC je. Nampaknya kena click & collect lah nanti.
Kemudian cari store Boarding Gate nak beli hadiah untuk Encik Suami bellroy slim sleeve wallet. Lepas tu tak jumpa. Rupanya dah berpindah di wing baru tu. Jenuhlah berjalan. Akhirnya jumpa juga.
Sebelum datang dia dah survey dalam website. Tapi bila sampai kedai, tak ada stok lah pula. Tinggal yang display tu. Encik Suami pun terkecewa jugalah macam saya. Apa yang kita nak semua tak ada. Aduhaiii...Apa ni semua tak ada. hmmm...

Encik Suami nak slim sleeve wallet warna hitam, di rak ada warna brown. Nampaknya kena order online jugalah. Tapi lambat sikit dapat sebab di pos dari luar negara nun, Australia.

Lepas tu kami ke Universal Traveller cari luggage yang saya nak. Dah survey juga dalam website. Tapi hampa jugalah sebab tak nampak stok tu di physical store ni. Kecewa lagi. Berapa banyak kecewa daa..
Encik Suami cakap, nak tengok dekat Universal Traveller MITSUI tak? Alang-alang tu jomlah kita. Tak ada juga stoknya. Lepas tu masuklah beberapa kedai luggage sekitarnya. Lupa dah nama kedai-kedai tu. Semua hanya sekadar cuci mata je. Tak ada yang berkenan dengan bajet.
Saya cari warna pink sebenarnya. Saiz 20 atau 24 macam tu. Ada warna dan design ok, tapi harga terlebih bajet. Yang jenis berjenama tu jaranglah ada warna pink.
Pulang dengan kecewa juga. Kesimpulannya, misi membeli perfume, luggage dan hadiah Encik Suami gagal teruk. Semua tu kena beli online je. Aduhaiii..kita nak terus beli je dekat kedai senang. Tak pasal-pasal kena beli online. Lepas tu nak kena menunggu lagi. Nak marah, tapi kena sabarrrr...
Patah hati terus nak shopping di physical store. Baiklah kita membeli online je gitu. Lagi senang. Hmmm Majuk!
16 Comments
Kalau saya pun memang majuk ni Fiza.
ReplyDeleteBoring betul itu tak ada, ini tak ada. Baiklah beli online saja.
Itulah tu, kalau satu kedai je takpe. Ni berkedai-kedai tak ada apa yang kita nak. huhu...
DeleteMisi tak berjaya.. banyak juga kedai yg dilewati.. sabar jer insyallah ada hikmah disebalik itu semua.. beli online tak sepuas beli depan depan kan.. 😅
ReplyDeleteYe, betul. Beli kat kedai boleh belek dan boleh terus bawa balik. Beli online kenalah menunggu dengan sabar.
Deletekann... pelik kadang tu kat kedai tak banyak stock
ReplyDeleteItulah tu, patutnya adalah stoknya kan.
DeleteGeram kan kalau tak dapat apa kira cari. Murung sepanjang hari.
ReplyDeleteKannn…spoil mood je.
Deletejgn terbeli dgn salah penjual dlm online shopping pulak., silap2 dpt lesung batu., huhu
ReplyDeleteTak wak, beli di official website terus.
DeleteAkk suka beli di fizikal store. Tapi kalau dah merata cari takde juga, terpaksalah beli online Fiza ye
ReplyDeleteYe, sampai pergi dua tiga mall. Letihlah camtu. Sudahnya beli online juga.
DeletePatutlah orang lagi suka beli dalam talian. Hehe mengelak daripada rasa kecewa beginilah. Dapat penat sahaja.
ReplyDeleteIyee...agaknya macam tu lah. Kecewa betul. Penat dapat, kecewa pun dapat. huhu...
Deletesemoga yg online sama dgn yg dihajati...
ReplyDeleteAlhamdulillah..setakat semua yang sampai macam apa yang kami mahukan.
Delete