Sampai bilik dari makan malam di Resto Nasi Mok Su Nab dah jam 11.00 lebih. Berehat lah dulu sementara menunggu makanan hadam. Layan permandangan malam melihat suasana Tasik Putrajaya pada waktu malam.
Diserikan lagi dengan Jambatan Seri Wawasan Putrajaya yang cantik dengan hiasan lampu neon warna-warni.
Diserikan lagi dengan Jambatan Seri Wawasan Putrajaya yang cantik dengan hiasan lampu neon warna-warni.
Jambatan Seri Wawasan Putrajaya
Menggunakan teknologi kabel dan penyangga keluli, Jambatan Seri Wawasan dengan binaan asimetri dan sangat futuristik merentangi Tasik Putrajaya sepanjang 240 m. Ia menghubungkan antara Presint 2 dan Presint 8.
Reka bentuknya yang ikonik telah menjadikannya jambatan utama dan salah satu mercu tanda di Putrajaya hingga kerap menjadi pilihan lokasi penggambaran adegan filem dalam dan luar negara serta wedding photoshoot.
Menjelang senja dan malam, ia boleh dilihat dari jauh kerana hiasan warna warni lampu neon yang unik coraknya dan harmoni dekorasinya menghasilkan panorama yang sangat menakjubkan sehingga menarik para pengunjung merakamkan momen indah.
sumber : Perbadanan Putrajaya
Tak disangkal lagi, permandangannya Tasik Putrajaya dan jambatan ikonik Putrajaya ni sangatlah cantik. Rugi kalau tak merakam simpan buat kenangan. Gambar bawah ni saya ambil selepas Maghrib sebelum keluar main badminton.
Selepas kembali semula, hampir tengah malam saya ambil lagi gambar. Kurang sharp sebab kurang cahaya. Ditambah pula tu dengan zoom 5x. Banyak noise. Tapi tak apalah, asalkan ada gambarnya.

![]() |
wide angle, 0.5x |
Selepas kembali semula, hampir tengah malam saya ambil lagi gambar. Kurang sharp sebab kurang cahaya. Ditambah pula tu dengan zoom 5x. Banyak noise. Tapi tak apalah, asalkan ada gambarnya.
![]() |
zoom 5x |
Dah puas menikmati suasana permandangan luar dari dalam bilik. Kita pasang lampu lantai, warm tone mewarnainya bilik nampak romantis. Terus teringat lagu kita bikin romantis.

Lepas bersihkan diri dan solat isya' saya terus tidur. Mengantuk tak boleh bawa berunding lansung. Bantal pula empuk, penghawa dingin pula sejuk lain macam. Padahal suhu 23°C je pun. Barangkali cuaca sejuk diluar.
Lena tidur sampai subuh. Awal dah terjaga jam 5 lebih. Encik Suami tidur lambat sampai tak sedar pukul berapa dia tidur. Banyak kerja katanya. Cuti pun tak macam cuti, begitulah bila banyak kerja. Tak ada istilah cuti. Kann...
4 Comments
Cantik sangat view malam dengan lampu yang colorful di Jambatan.
ReplyDeleteCantik kan malam- malam kat sini...bulan 11 nanti opis akak ada buat family day area situ...x tau lagi hotel mana stay
ReplyDeleteKalau stay Putrajaya malam2 suka pusing tengok view malam cantik.
ReplyDeleteAlaa..gambar yang zoom 5x, banyak noise tu pun cantik...
ReplyDeleteKalau Linda yang ambil gambar tu, tak menjadi...kikiki