Cuaca mendung pagi tu, tak ada tanda-tanda cuaca cerah elok. Buat video timelapse pun kejap je lepas solat subuh sebab nampak gaya macam tak ada perubahan sangat. Mendung dan tak ada matahari. Lagipun nak cepat turun sarapan.

Dining room nama dia Fuze Restaurant The Everly Putrajaya dekat dengan lobby dan lif ke parkir bawah.

Masa kami turun macam dah ramai juga. Ruang makan yang luas dan banyak sangat pilihan makanan. Tapi yang hairannya, kami dah pusing semua tempat tak jumpa nasi lemak. Nampaknya tak ada nasi lemak. Kecewa kita wak.



Puas hati dengan sarapan yang disediakan. Cuma dikecewakan sikit sebab tak ada nasi lemak. So siapa yang stay The Everyly Putrajaya Hotel ni, silalah ambil sarapan sekali atau pilih bilik yang dah siap dengan sarapan. Berbaloi okay.

Kami booking bilik Premier King included breakfast. Bukan add on. Baru je malas nak turun sarapan sebab sekarang dah mengamalkan tak ambil sarapan pagi, terus brunch je.
Tapi bila dah included sarapan sekali tu rugilah kalau tak turun makan. Sarapan mula disediakan jam 6.30 pagi. Kami turun sebelum jam 7.00 pagi. Macam biasa turun awal sikit.
Dining room nama dia Fuze Restaurant The Everly Putrajaya dekat dengan lobby dan lif ke parkir bawah.

Masa kami turun macam dah ramai juga. Ruang makan yang luas dan banyak sangat pilihan makanan. Tapi yang hairannya, kami dah pusing semua tempat tak jumpa nasi lemak. Nampaknya tak ada nasi lemak. Kecewa kita wak.

Jadi ambil mi goreng dan nasi goreng. Ingatkan kalau ada nasi lemak nak juga ambil sambal nasi lemaknya. Makan dengan mi goreng sedap juga kan. Dah tak ada, ambil sosej dua buat penyedap. Sedapnya mi goreng dan nasi goreng.
Sosej pun sedap lembut tak kecut dan cukup perasanya. Nak tambah tapi macam nanti kenyang sangat. Nak rasa yang lain juga nanti. So batalkan untuk menambah tu. Ambil juga omelette yang lembut ni sepiring. Dia dah hidangkan sepiring sepiring, tinggal ambil je.
Saya sangkakan dalam dia cair macam volcano tu yang biasa Chef Japanese buat. Rupanya tidak. Semua fully cooked cuma dalam dia lembut sikitlah, gebu-gebu gitu.

Encik suami ambilkan air kopi latte panas dan air guava. Ambil juga air masak dan juga oren. Berkali-kali tambah air sebab sedap. Kenyang air je lah. Mujur lepas ni nak naik bilik semula. Kalau tidak rajin pula ke toilet.
Dah habis hidangan utama barulah ambil hidangan sampingan. Bubur ayam, croissant, kuih donut, muffin, scone, pastry dan juga buah.
Puas hati dengan hidangan sampingan yang disediakan. Semua sedap sampai tak terlarat nak makan. Nampak sikit tapi kenyang ya amat. Dah 2 minggu ni kami tak sarapan pagi, terus brunch je macam IF Tiba-tiba terkejut perut makan macam-macam.

Puas hati dengan sarapan yang disediakan. Cuma dikecewakan sikit sebab tak ada nasi lemak. So siapa yang stay The Everyly Putrajaya Hotel ni, silalah ambil sarapan sekali atau pilih bilik yang dah siap dengan sarapan. Berbaloi okay.
![]() |
view tepi cantik dah, view belakang tu semak pula mata memandang. |
Kenyang makan. Alhamdulillah..Sambil makan ditemani dengan rasa insaf, sebab tengok diluar tu ramai orang bersenam pagi-pagi. Rasa bersalah pula makan banyak. Lain kali jangan pilih meja di tepi tingkap.
Tapi permandangan tepi tingkap lah yang selalu kita rebutkan. Bukan apa, makan with view lagi best gitu.
Tapi permandangan tepi tingkap lah yang selalu kita rebutkan. Bukan apa, makan with view lagi best gitu.
14 Comments
Wahh..Terliur tgk omelet & bubur nasi tu...=)
ReplyDeleteOmelette dan bubur nasi ayam tu memang sedap. Tak menyesal ambil. hihi...
DeleteKalau Fizah cari nasi lemak, saya pula cari bubur nasi berlauk hihihiii.
ReplyDeleteMemang kenyang tu Fizah, pelbagai pastri, sudahlah cantik, semuanya sedap belaka.
Tak apa, dah sarapan makan banyak, skip saja makan tengah hari.
Hihi... lepas ni saya nak cari bubur nasi jugalah. Macam-macam accesories ada. Puas hati jugalah makan bubur nasi berlauk. Semuanya sedap.
DeleteYe, skip lunch terus makan petang merangkap makan malam awal gitu.
walaupun takde nasi lemak, tapi banyak jugak makanan dia tu. mee goreng, nasi goreng, telur n makanan sampingan lain. kenyang tuu!
ReplyDeletePilihan makanan banyak, kita pun jadi rambang mata nak makan makan satu. Jadinya ambil sikit-sikit buat rasa-rasa. Memang tersangatlah kenyangnya, tak mampu nak masuk lagi.
DeleteSaya biasanya kalo ke KL atau Penang, jarang ambil sarapan saat stay di hotel. Tp exception untuk yg November esok, Krn menginap di Moxy, dan saya tahu Moxy selalu sedap, jadi saya pilih kamar dengan breakfast juga 🤣
ReplyDeleteCuma paginya dah plan nak briskwalk dulu di luar, baru sarapan 😁🤭
Best tu stay The Moxy. Saya pun macam nak menginap di situ nanti akan datang. Nak merasa suasananya. Wah, dah tanam semangat nak briskwalk tu. Bagus Fanny, semangat, ayuh!
DeleteHappynya di putrajaya..tempat menarik untuk dikunjungi..dan tempat merayakan hari kemerdekaan
ReplyDeleteAlhamdulillah...dapat spend masa bersama untuk anniversary bukan merayakan Merdeka sebab saya pergi ni sebelum Merdeka. Putrajaya memang menarik, banyak tempat yang best.
DeleteDepa lupa nak tutup pintu belakang tu kot hihi
ReplyDeleteAdoiii... sambil makan boleh plak insaf ya tengok orang bersenam kat luar tu... entah-entah seminggu atau sebulan sekali senamnya macam akak 😆
Itulah tu, cacat sikit permandangan dalam gambar. hihi...
DeleteSekarang dah kurang bersenam sikit sebab alergi kulit tu dengan panas, peluh dan haba. Dah okay nanti, pelan-pelan kayuh kembali bersenam.
sis u nampak macam CEO tengah cek fail kat opis. sekali tengok lagi sekali, owh tgh makan.
ReplyDeletekita suka betul tengok geng rerotis tu, pastu berzikir nak kurus, entahla...........
Hahaha..sampai ke opis perginya level CEO pulak tu. Geng rerotis tu memang sedap. Makan dulu menyesal kemudian. kekekeke...
Delete