Lepas sarapan naik bilik, berehat dulu bersenang lenang sebelum check out. Dah makan terlebih muatan rasa macam mengantok lah pula. Nak tidur kang rasa macam lagi bersalah pula kan.

Ansur-ansur kemas barang apa yang patut dulu. Sambil tu layan permandangan luar. Cuaca masih suram dan nampak basah sikit, baru lepas hujan. Kami rancang lepas check out nak ke IOI City Mall pula dengan harapan tak jem lah nanti. Biasa hari Ahad kan jem.

Sebelum check out, sempatkan kejap ambil gambar buat tambah gambar dalam album. Tema hari ini blue black denim color palatte.

Oleh kerana tak sempat nak bersantai di sofa bed ni, kita ambil gambar je lah disini dengan gaya heart pose cheek ala K-Pop idols Korea.

Check Out The Everly Putrajaya Hotel

a person forms a heart shape with their hand against their cheek to express affection, gratitude, or cuteness. This popular photo pose often involves a curved hand placed on the cheek to create a half-heart shape with the hand and face.

Tak lupa juga mirror selfie.

Check Out The Everly Putrajaya Hotel

Wefie di cermin besar. 

Check Out The Everly Putrajaya Hotel

Jam 11.00 lebih kami baru turun. Keluar lif akan melalui cafe yang tak sempat kami nak mengopi malam tadi.

Check Out The Everly Putrajaya Hotel

Mesti best kalau dapat mengopi malam-malam sambil dengar live band dihujung sana. Cafe tutup jam 11.00 malam. Cantik interior design cafe hotel ni.

Check Out The Everly Putrajaya Hotel
sebelah kiri receiptionist, depan tu lobby hotel

Ramai dah check out awal kot. Lengang tak ada orang. Jadi urusan check out tu cepatlah sikit. Selesai tak sampai 5 minit pun.

Check Out The Everly Putrajaya Hotel

Sekian 2 hari 1 malam menginap di The Everly Putrajaya Hotel ni. Bilik OK, service OK, makanan OK. Semuanya OK. Maknanya boleh repeat menginap di sini.