2 Syawal, Singgah Sebentar Bergambar di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti

Azhafizah MN
By -
20

2 Syawal, hari kedua masih di Kuala Pilah. Tak ada aktiviti beraya pun. Cuma di rumah mentua menanti tetamu yang berjanji nak datang, saudara mara sebelah arwah abah mentua. Kami pun tak menunggu mereka datang sebab semalam 1 Syawal dah pun jumpa di rumah uwan.

Tak ada aktiviti lain, kami pun tak beraya kemana. Balik rumah awal lah nak elak jem dan berehat. Nak pergi beraya pun malas sebab cuaca panas. Bukan apa, risau kejadian lalu berulang. Awal bulan puasa cuaca panas, selsema batuk sampai 2 minggu lebih baru elok. 

Macam biasalah nak elak jem, kami ikut laluan Istana Seri Menanti. Jauhlah sikit tapi. Biar jauh daripada jem melekat tu. Alang-alang ikut situ, jomlah kita singgah sebentar bergambar di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti.

Rupanya ramai yang datang untuk berphotshoot di sini. Kita pun join the crowd lah. Cuma dalam gambar ni kita pandai-pandai ambil bila tak ada orang. Terpaksa pilih spot di tepi sebab di tengah tu tengah ramai dan ada yang menunggu giliran.

Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti ni tengah renovate. Jadi, tak dapat lah nak bergambar dekat-dekat dalam kawasan berpagar tu.

Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti

Kami sampai dah nak tengahari macam tu. Memang panas teriklah cerita dia. Mujur juga ada pokok-pokok tepi tu. Dapatlah berteduh sikit daripada cahaya matahari.

Dah dapat spot macam menarik, pacak tripod dan setting angle yang rasa macam OK. Angle ni okaylah kot. Hentam sajalah labuuu. Janji ada gambarnya.

Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti

Raya kedua pakai baju raya 2.0 dari whimsigirl. Tema warna hari raya pertama tahun lepas, warna kecubung/amethyst/wine. Kita pakai semula tudung dan baju melayu yang sama je.

Pakai je pump shoes sebab sandal raya boleh pulak tertinggal di Segamat. Tak pasal-pasal je. Tak kisahlah tu, kita pakai apa yang ada. Yang penting dapat sekeping gambar berlatar belakangkan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti. Itu yang perlu dikisahkan.

Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti

Tak lupa ambil gambar potret berdua. Sangat berguna ye tripod di waktu-waktu begini. Sangat function!

Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti

Tak berlamaan bergambar sebab panas. Tak banyak spot yang menarik sebab renovate kan. Nak bergambar di tengah tu orang tak putus-putus bergambar. Jomlah kita balik.

Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti ni dah jadi tempat wajib bergambar kalau musim raya. Kalau dapat masuk dalam tu lagilah best. Dapat ambil gambar cantik-cantik di tempat-tempat menarik dalam tu macam kami pergi masa 8 Syawal tahun 2022 dulu.

Post a Comment

20Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Masih renovate ye?
    Akk pergi sblm PKP dulu pun renovate juga...
    Cantik gambar wpun guna tripod 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, masih renovate. Eh, lama dah tu. Tak siap siap lagi.
      Tripod berkerja dengan baik. hihi...

      Delete
  2. Ehhh... Uncle pernah selfie kat sini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de benda pelik kan belakang uncle dalam gambar tu?

      Delete
  3. Oh, ini namanya warna kecubung ya, Fiza. Cantik menarik warna baju berlatarbelakang muzium. Pandai cari angle supaya tak nmpk crowd ya ramai tu ya. Kita tuari bawa jugak tripod konon nak bergambar tepi laut tapi Pak Inche takut nau nau dgn panas.. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni rosewood tapi lebih kurang warna baju tahun lepas, kecubung. Latar belakang tu yang mahal tu. hihi..Ya, kena cari angle sesuai barulah senang tak payah edit gambar orang lain.
      Lenkali bawa je. Pacak dan setting siap² baru ajak Pak Iche' bergambar.

      Delete
  4. wahhh raya2 pun ramai dtg bergambar kat situ ya?
    kalau sy tahu
    sy buka gerai jual air balang kat situ
    kompem laku time panas2 gini
    hahaha...

    antara istana yg dah lamaaaa plan nk pegi
    tapi smpi kes udah mmg tak pegi2 lg
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, macam jadi tumpuan pulak bila raya ramai orang. Wahhh..otak bisnes betul ni. Memang laku lah cerita dia kan.

      Nanti dah siap renovate baru pergi tau. Sekarang ni kawasan dia berpagar tutup lagi.

      Delete
  5. cantik ootd,panas lit-lit tu yang buat gambar cantik..tapi kita la pula yang tak boleh nak buka mata..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak gambar outdoor cantik kena jam 8-9 pagi macam tu baru Onz. Tengah panas ni banyak bayang dan gambar nanti semua mata mengecil je. Panas lit lit tak sesuai. Kita je yang gigih bergambar. hihi...

      Delete
  6. bergmbr time panas hasilnya cantik cuma kena gigih je la nk tahan panas kan

    ReplyDelete
  7. Memang lah kalo ramai, terkadang hrs kita yg pintar2 cari tempat lebih sepi utk berfoto kan 😄. Banyak yg bilang pakai aplikasi utk hilangkan orang di foto, tapi saya ttp tak suka. Prefer cari angle lain yg lebih bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyee....kena cari angle yang sesuai supaya tak nampak orang. Saya pun kurang guna apps. biasa dari gambar raw edit sikit je.

      Delete
  8. Cantik gambar posing kalian berdua. Sayangnya masih dlm proses renovate. Lama gak ye… akak dengar istana ni tutup utk renovation dah beberapa tahun dah. Ke dah buka then tutup utk renovate lagi…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Farah. Itulah tu, tak tahulah berapa lama dia renovate. Kena tengok kat facebook page dorang kalau ada dan ada update.

      Delete
Post a Comment