Persiapan Raya 2024 : Baju Raya

Azhafizah MN
By -
16

Perasan tak bulan Ramadan kali ni terlalu cepat berlalu. Rasa macam baru je puasa. Tiba-tiba, eh.. dah nak nak raya!. Macam biasa, persiapan berdua ni sekadaran je. 

Seperti tahun sudah, beli baju raya secara online je lah. Malas nak bersesak dengan ramai orang. Pula tu baru lepas sihat sepenuhnya. Eloklah sekiranya kita shopping online. Mudah, cepat dan jimat masa serta tenaga. 

Tahun ni tema baju raya sedondon dengan keluarga mentua. Sebabnya senang nanti sedondon sekeluarga di majlis adik ipar bulan Mei nanti. Tak pening lah nak fikir tema baju raya tahun ni. Yang peningnya nak cari warna yang sedondon atau lebih kurang senada setona gitu.

Baju encik suami, kami pilih untuk membeli di KHATAM yang tengah hype sekarang di media sosial. Bila baju dah sampai, warna macam tak senada pula dengan baju saya. Lepas tu terpaksalah pergi ke butik Bangi untuk tukar warna baju. Mujurlah boleh tukar dalam masa 7 hari pembelian. 

Packaging dia sangat menarik dan comel dengan lukisan orang-orang di bawah tu.

Persiapan Raya 2024 : Baju Raya

Setiap tahun beli baju je. Encik suami pilih modern kurta teluk belanga (Patawali Top) yang akan dipadankan dengan seluar hitam. Ikut style orang Johor. Dah kahwin dengan orang Johor, ikut style Johor tiberr.

KHATAM pun ada jual baju melayu teluk belanga dengan seluar ikat tu. Apa entah nama dia. Arwah abah saya memang suka pakai style seluar ikat tu.

Mengikut kebiasaan, encik suami beli di Uniqlo. Tapi tak ada warna tema yang sesuai lah pula. Okay takpe, tahun ni kita ber KHATAM pula.

Patutlah ramai yang suggest beli baju raya di KHATAM sebab fabriknya sangatlah best. Rayon blend, sejenis kain sejuk dan selesa dengan cuaca di Malaysia yang sedang panas membahang ni.

Persiapan Raya 2024 : Baju Raya

Tertarik juga dengan butang kayu untuk Modern kurta ni. Unik dan klasik.

Persiapan Raya 2024 : Baju Raya

Jahitannya pun kemas. Sangat berbaloilah beli baju melayu di KHATAM ni. Service pun bagus. Beli di website pun laju proses dan penghantarannya. DM di instagram pun laju reply. Masa tukar baju pun senang urusannya.

Persiapan Raya 2024 : Baju Raya

Selesai baju encik suami. Baju saya pun konsep minimalist. Kita suka baju yang ringkas, klasik dan evergreen gitu. Saya pilih baju dari Erreqa sebab ada warna tema yang sesuai dengan tema keluarga.

Fabrik cotton linen yang breathable yang selesa. Kain pula material bubble chiffon stripes jenis kain pareo dengan butang. Saya suka kain pareo sebab senang senang adjust dan tak perlu nak potong kain. Inilah masalah orang tak cukup tinggi, kalau beli kain tetaplah kena potong. Sebab tu suka pakai kain pareo je, tak perlu potong dan senang nak adjust labuh kain.

Persiapan Raya 2024 : Baju Raya

Butang baju yang menarik. Sebenarnya ada sulam di lengan dan kaki baju tapi dah lipat macam tu, menyorok pula sulamnya. Sulam yang minimal dan tak terlalu sarat. 

Persiapan Raya 2024 : Baju Raya

Alhamdulillah settle bab baju raya kami berdua untuk raya pertama merangkap baju untuk majlis nanti. Warna baju encik suami sedikit gelap berbanding baju saya. Tapi kira okay masih senada warnanya. Ada tone warna. Kalau sama warna tu sekayu namanya kan, bukan sedondon.

Persiapan Raya 2024 : Baju Raya
Bulan Februari haritu ada juga membeli baju untuk kenduri tapi tak pakai sebab pakai baju lain. 2 helai pula tu. Bolehlah pakai untuk raya kedua dan ketiga nanti.

Baju material bubble chiffon kalau tak silap. Jenis loose dan sangat selesa di pakai. Kain juga jenis pareo dengan warna setona. design baju macam dalam gambar kad raya tu. 

Simple dan klasik. Suka pakai baju loose, senang nak sorok lemak di perut. hihi... Makan banyak pun tak risau perut tersembul. kah! Warna baju ni boleh disepadankan dengan baju encik suami yang sedia ada. 

Persiapan Raya 2024 : Baju Raya

Untuk raya ketiga kita pakai baju kurung biasa dengan corak bunga kecil. Masih konsep kurung klasik yang loose. Sesuai disedondonkan dengan baju encik suami yang sedia ada. 

Persiapan Raya 2024 : Baju Raya

Pertama kali saya beli baju di butik-butik di atas. Kalau nak beli baju melayu yang selesa dan padan dengan harganya, silalah beli di KHATAM. Untuk baju kurung yang cantik dan murah-murah boleh terjah di thezeinabmy.com.

Tudung raya tak beli sebab semuanya dah ada yang sepadan dengan baju-baju yang dibeli. Songkok encik suami pun pakai yang ada sebab masih elok. Sampin pun ulang yang sama je lah. Kasut, selipar raya tak beli juga. Pakai yang sedia ada je. Mana yang masih OK, kita pakai je lah kan.

Warna tema baju raya tahun ni, nantilah kira reveal dalam next entry di hari Raya nanti ye.

Post a Comment

16Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Nasib baik semua pilihan menepati citarasa. Kadang-kadang takut beli dalam talian sebab tidak ikut citarasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur menepati. Beli online ni kena belek betul betul saiz dan material dia. Agak risiko juga lah kalau silap saiz.

      Delete
  2. baju KHATAM tu walaupun takde warna, tgok pun nampak selesa dah..mungkin tahun depan boleh belek2 untuk suami juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, serius best kain dia. Bolehlah beli untuk tahun depan. Cari material rayon blend.

      Delete
  3. Aah simpan dulu warna tema tu, nanti tak best kalau reveal awal :)
    Suami Akk pun pergi butik KHATAM baru ni, beli butang baju Melayu. Nampak klasik design-nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..surprise for raya walaupun tak ada yang kisah. Butang baju melayu dia pun unik. Simple tapi menarik.

      Delete
  4. Kalau beli dalam talian ni kita tak leh tahu material tu. Kalau beli terus kat kedai boleh pegang2 dulu baju tu. Apa pun kalau dapat yang menepati citarasa tu alhamdulilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya dia akan sertakan sekali apa jenis materialnya. Jadi, kena tahu material apa yang kita selesa pakai. Ye, kalau di kedai lebih mudah untuk kita cari baju. Boleh rasa material dan boleh fitting sekali.

      Delete
  5. Wahhh.. dia tayang baju raya tapi hitam putih. Samalah husbnd kita pun pakai kurta teluk belangan sebab dia kata leceh pakai samping bila nak terkucil, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...teaser kononnya. Husband saya pakai jugak samping nanti. Tapi kejap jelah untuk hari pertama. Senang beli kurta je kan. Kalau beli set seluarnya entah bila nak pakai.

      Delete
  6. Tadi beli di kedai
    Ayah nak tengok depan depan baju tu

    ReplyDelete
  7. Tak ramai kurta yang gunakan butang kayu tu . Ekslusif sangat .. ayah & adik CCL lebih suka pakai kurta . Wah agak-agak tema raya tahun ni warna apa ya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unik dan exclusive gitu kan. Senang pakai kurta je kan sebab seluar jarang dipakai kalau beli set. Hihi..kena tungguuuu...

      Delete
  8. thn lps tak elrah, bulan bintang
    laa ni dah ada saingan khatam
    sy baca feedback kat twitter
    ramai yg suka dgn khatam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, ramai yang review dan suggest beli Khatam sebab kainnya best, berkualiti dan berbaloi dengan harga dia.

      Delete
Post a Comment