Telefilem Hijab Pendosa (Astro Ria)

Azhafizah MN
By -
0
Tonton Telefilem Hijab Pendosa pada 1 Syawal, jam 11:00 malam di saluran Astro Ria (CH104) dan strim di Astro GO lakonan Bell Ngasri, Jaja Ilyes dan ramai lagi. 

Telefilem Hijab Pendosa

Telefilem ini menampilkan watak Bell Ngasri yang berbeza daripada watak yang pernah dibawa sebelum ini. Naskah ini merupakan karya sutradara Fairuz Loy terbitan SR One Sdn. Bhd. dengan hasil nukilan skrip dari Liza Nur.

TELEFILEM HIJAB PENDOSA

Waktu siaran : 1 Syawal, jam 11:00 malam
Siaran TV : Astro RIA (CH104)
Strim : Astro GO
Penulis skrip : Liza Nur
Pengarah : Fairuz Loy
Produksi : SR One Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

Bell Ngasri, Jaja Ilyes, Adrianna Qasmia, Silfeny Osman, Acong Sweetchild, Hawra Jamalullail, Ainina Ahmad B dan ramai lagi.
  • Bell Ngasri sebagai Hijab
  • Jaja Ilyes sebagai Safiya

SINOPSIS

Kisah tentang Hijab, seorang suami yang kejam dan ayah yang tidak bertanggungjawab. Safiya semasa kecil terpaksa keluar mencuri ketupat untuk diberi makan kepada ibunya yang sedang sakit. Setibanya dirumah, dia melihat ibunya sudah tidak bernyawa lagi. 

Hal tersebut menyebabkan Safiya trauma dan berdendam dengan ayahnya, Hijab yang telah meninggalkan dia dan arwah ibunya. Safiya kemudiannya membesar menjadi seorang wanita yang berkerjaya.
 
Kemudian dia bertemu semula dengan ayahnya yang ketika itu sedang menjalani hidup sebagai seorang gelandangan. Hijab meminta maaf tetapi tidak semudah itu untuk Safiya memaafkan seorang pendosa.

Apakah kesudahannya? Saksikan Telefilem Hijab Pendosa lakonan Bell Ngasri pada 1 Syawal jam 9:00 malam di Astro Ria.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)