4 Syawal, Hiking Bukit Kepayang

Azhafizah MN
By -
22
Raya-raya pun nak hiking ke? Ye, dah sebulan cuti puasa kan. Lepas tu raya melantak macam-macam masuk perut. Kena insaf awal. Takut lupa diri pula. Konon nak hiking Bukit Taisho, memburu awan karpet selepas gagal memburu awan karpet di Bukit Senaling sebelum puasa haritu.

Tapi dah balik Seremban, tak ada lah patah semula ke Bahau. Lainlah kalau masih lagi di Pilah. Taknak lah hadap jem Seremban-Pilah tu haa. Nak hiking Gunung Angsi pun malas, takut jem juga tu nanti. Jadi, hiking dekat-dekat rumah je sudah. Kira warm up je lah dulu.

Jomlah kita hiking Bukit Kepayang untuk kali kedua. Mulakan bulan April dengan hiking Bukit Kepayang. Teruskan misi hiking setiap bulan, sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Harap tak gagal lah.

Hiking Bukit Kepayang
8:00 am

Kami hiking lewat sikit. Mula hiking jam 8:00 pagi. Cuaca pun macam dah mula panas.

Musim raya ni tak ramai pun orang hiking. Macam biasa, meriah dengan kaum Cina. Mereka memang rajin hiking di sini. Mungkin ada aktiviti Tai Chi kat atas bukit nun. Baguskan mereka jaga kesihatan beriadah. Kuatkan kaki dan jantung.

Kali ni laju sikit berjalan ikut jalan tar ni dan tak banyak ambil gambar. Jadi, tak banyaklah berhentinya pun. Tak pewai orang kata.

Awal-awal kita layan trek mendaki ni sikit. Sikit je.

Hiking Bukit Kepayang
8:05am

Kalau penat, boleh rehat duduk di bangku yang disediakan. 

Hiking Bukit Kepayang
8:05am

Kami tak berhenti dan teruskan perjalanan. Kali ni kami ikut laluan sebelah kanan. Sebelum ni ikut laluan sebelah kiri yang agak pacak tu.


Hiking Bukit Kepayang
8:07am

Laluan ni adalah laluan mudah dan landai. Boleh jalan-jalan santai. Nak berlari pun, silakan.

Hiking Bukit Kepayang
8:08am

Berjalan lebih kurang 3 minit macam tu dah nampak laluan terang, kemudian kami belok ke kiri.

Hiking Bukit Kepayang
8:11am

Laluan mendaki ni tak pacak. Jalan macam naik tangga gitu.

Hiking Bukit Kepayang
8:15am

Tahu-tahu dah sampai puncak dah. Lahh..kejap je ikut laluan yang ni. 

Hiking Bukit Kepayang
8:18am

Laluan ni akan keluar di kawasan yang ada basikal ni. Kalau ke kiri akan ke puncak sebenar yang ada tokong tu. 

Hiking Bukit Kepayang
8:18am

Kami terus ke kanan ke puncak Bukit Kepayang yang ada papan tanda kayu tu.

Hiking Bukit Kepayang
8:19am

Kalau dah sampai laluan berbatu-batu ni maknanya nak sampai puncak dah tu. Berhenti bergambar kejap.

Hiking Bukit Kepayang
8:20am

Okay sampai dah kita di puncak Bukit Kepayang. Ambil masa lebih kurang 20 minit lebih untuk sampai ke puncak. Kalau tak berhenti ambil gambar, tak ambil masa lama lah. Kalau berlari, lagi cepat sampai.

Layan dulu jamu mata dengan permandangan dari atas bukit sementara menunggu orang ambil gambar di port wajib bergambar atas Bukit Kepayang.

Hiking Bukit Kepayang
8:23am

Mereka tak siap lagi bergambar, kita potretkan dulu permandangan matahari yang tengah naik ni. Terik betul. Tak mampu nak membesarkan mata ni ha.

Hiking Bukit Kepayang
8:25am

Mereka dah beredar, jomlah kita ambil giliran dan ambil gambar cepat-cepat. Malas nak berleha-leha lagi atas bukit ni sebab matahari tengah naik kan. Panas boleh tahan walaupun belum tengahari lagi. 

Hiking Bukit Kepayang
8:27am

Rehat kejap je sementara tunggu giliran bergambar. Tak makan atau tak minum air sebab tak rasa dahaga atau lapar. Sebelum hiking tadi dah makan energy bar.

Jam 8:28 terus turun. Sampai bawah jam 8:52am. Tak sampai 1 jam turun dan naik. Kira okaylah untuk hiking santai-santai warm up sebelum hiking seterusnya. 

Hiking Bukit Kepayang

Fuhh..puas hati dapat membakar kalori. Walaupun tak banyak tapi bermakna. Kira berbaloilah juga. 

Post a Comment

22Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Alamak! Dia dah bakar kalori awal ni. Walaupun tak pacak sgt laluannya tapi utk orang yang setahun tak sekali hiking macam sy, mahu terpacak lama kat atas tu sebelum turun semula, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal tak kalut. Risau menyesal di kemudian hari. hihi...Boleh ni untuk beginner. Lambat sampai takpe, janji sampai. Penat, rehat. gituuu...

      Delete
  2. saya rasa gelihati pula bila nampak bangku kat situ
    dah macam pergi ke taman rekreasi pula
    bukan hiking
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...nak nampak macam tak hiking lah gitu. Kira Taman Rekreasi lah juga ni. auntie uncle selalu kot naik sini macam ada aktiviti taichi ke apa kat atas nun.

      Delete
  3. Hebat, Fizah. Akak belum mula lagi ni. Tunggu habis posa 6.
    Fizah sudah kecikkkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasi warm up je dulu ni Kak Nur sementara belum puasa 6.
      Esok baru start 6. InshaAllah...
      Eh, bolum kocik laie..

      Delete
  4. fiza dah nampak kurus la cantik.....akak belum habis ternak lemak lemang,lemak rendang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, belum lagi. Kalau nampak kurus tu effect camera dan angle tu. hihi..Akak takpe, sedia kurus sudah.

      Delete
  5. Awal hikingnya..hihihi
    Selamat Hari Raya Fiza...Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal tak kalut kak. hihi
      Selamat Hari Raya, Maaf zahir & batin.

      Delete
  6. Terbaik 👍
    Raya raya juga, hiking hiking juga gitewww :)

    ReplyDelete
  7. Alaaa...bila nak naik Bukit Kepayang ni erk...hahhaa....akak pun lama x hiking ni...tapi hari2 brisk walk jalan jauh pi office

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari-hari brisk walk kira okay lagi tu. Nak set time tu yang payah tu. Saya ni kadang ikut dan je. hihi...

      Delete
  8. Sampai dibuat ketupat hiasan di puncak yaa 😄. Seruuu memang hiking ini. Apalagi kalo dj tujuan bisa melihat view cantik dr ketinggian. Saya dah terpikir nak beli track pole itu juga, supaya mempermudah jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa..sambut raya sampai ke puncak gitu. Bagus siapa yang letak tu. Dapat tengok view cantik tu yang mahal tu. Wajib beli track pole kalau rajin hiking. Betul! Memudahkan untuk hiking dan turun.

      Delete
  9. Aiseyyy apsal cepat sangat gi bakar lemak tu… tunggulah akak sama huhuhu cantik gak laluan hiking tu ye. View kat puncak tu pun cantikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau lemak bercambah² lagi. Tu yang awal tak kalut tu. hihi...
      Laluan dia jelas dan mudah. Dari puncak cantik juga view dia walaupun view bandar.

      Delete
  10. ammi tak pernah sekali pun pergi hiking (selepas sesi Biro Tatanegara dulu). Tak nak ke ajak ammi ni sekali naik kepayang hills ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni bolehlah tu warm up hiking Bukit Kepayang. Mohlah kita.

      Delete
  11. Bakar kalori-kalori dalam badan . Yer laa syawal pertama , syawal kedua banyak makan ketupat rendang , sup daging lagi kan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. banyak makan macam-macam raya pertama dan kedua. Sup daging tak jumpa lagi. hihi..nasi impit, lemang dengan rendang je lah.

      Delete
Post a Comment