Persiapan Raya 2024 : Handbag Raya

Azhafizah MN
By -
14
Lama juga peram hasrat nak beli handbag baru. Kita ni bukan jenis yang suka beli handbag sangat. Selagi boleh guna kita guna. Bila handbag yang ada menunjukkan tanda-tanda yang tak sihat, kita pun pasanglah niat nak beli handbag baru.

Mungkin inilah masanya untuk beli handbag baru. Kebetulan belinya dekat waktu nak raya, maka jadilah handbag raya gitu. Beli pula tu last minit. Dah nak cut off time shipping dah pun.

Mulanya nak pergi beli dekat butik tapi malas. Lagi satu takut pula design yang kita nak tu ada. Kang kecewa pula. Beli online je lah senang. Jimat masa dan tenaga kononnya. 

Saya buat pesanan atas talian (online) 30 Mac, parcel keriangan ni sampai pada 6 April. Memang lambat sampainya sebab dari negara jiran nun, Singapore. Dekat tapi perjalanan dia jauh sekali. Ambil masa lebih kurang seminggu untuk sampai.

Persiapan Raya 2024 : Handbag Raya
Walaupun perjalanannya jauh, tapi kotak keriangan yang sampai lansung tak kemek ye. Terbaiklah courier handle kotak ni, dijaga tanpa cacat cela. Teruslah amalkan budaya kerja yang baik ye.

Persiapan Raya 2024 : Handbag Raya

Bila luarannya elok, pastilah isi dalamnya pun terjaga elok juga. Handbad di tutup dengan kertas yang agak tebal juga untuk memastikan keadaan handbag terjaga.

Persiapan Raya 2024 : Handbag Raya

Persiapan Raya 2024 : Handbag Raya

Saya pilih Alcott Scarf Chain-Link Bag Black CHARLES & KEITH yang aesthetic boleh digayakan dengan pelbagai cara. Design beg yang simple tapi menarik dengan saiz yang sesuai lah pada saya.

Ada 3 pilihan tali bag untuk digayakan. Boleh dijadikan sling bag. Didatangkan juga dengan scarf untuk nampak macam classy gitu. Ada 4 pilihan warna. Saya pilih hitam of course! Senang nak match dengan outfit.

Talinya dibungkus dengan pembalut jenis filem polietilena mikroporous kalau tak silaplah untuk elakkan kerosakan.

Persiapan Raya 2024 : Handbag Raya

Segala items yang didatangkan bersama dengan handbag ni di letakkan dalam beg. Ini setelah dikeluarkan semuanya. 

Persiapan Raya 2024 : Handbag Raya

Setelah dikeluarkan semuanya daripada pembungkus. Ini yang ada semuanya.
  • Tali panjang
  • scarf
  • beg untuk simpan beg (warna kelabu)

Persiapan Raya 2024 : Handbag Raya

Tertarik dengan tali hand bag jenis rantai. Material jenis plastik bukan besi. Tapi kukuh ye. Kalau dah jemu pakai tali biasa, boleh tukar pakai jenis rantai ni.

Persiapan Raya 2024 : Handbag Raya

Design zipnya juga menarik. Jenis bulat dan besar juga saiz bulatan dia. Senang nak buka tutup zip berbanding design zip biasa tu.

Persiapan Raya 2024 : Handbag Raya

Logo jenis timbul Harap tak tertanggal lah nanti.

Persiapan Raya 2024 : Handbag Raya

Harapnya juga tak cepat rosak lah. Ini koleksi pertama handbag Charles & Keith saya. Pertama kali juga beli secara online. Sebelum ni setia dengan VOIR, lepas tu VINCCI. So sekarang kita terjebak dengan CHARLES & KEITH pula.


Kalau malas nak ke butik tu, beli secara online pun boleh. Mudah dan penghantaran percuma kalau pembelian lebih dari RM250. Tak tahulah promo atau memang begitu. Dia lambat sikit lah tapi. Lebih kurang 4-8 hari waktu bekerja. 

Kalau tak urgent tu okaylah untuk buat pembelian online. Jenis nak urgent atau nak belek-belek, kenalah pergi ke butik yang berdekatan di Malaysia.


Post a Comment

14Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. geram pulak tgok tali yang mcm rantai tu...
    lawa, elok warna hitam..masuk semua..
    tp, linda tak beli warna hitam..jemu nengok hitam...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unik kan rantai tu. Hitam senang nak match.
      Hihi..dah jemu ek. Takpe, pilih warna ikut mood kita.

      Delete
  2. Sukanya design handbag ni, apa lagi warna hitam.

    ReplyDelete
  3. Sama la sejenis kita suka pakai beg sampai rebeh. Dah ada tanda sakit ya baru nak ganti beg baru, eh sesuai pulak tiba sampainya dengan kemunculan anak bulan Syawal. Warna hitam sesuai digandingkan dgn semua warna, tepat pilihan Fiza tu. Tapi kita syak, kasut raya dia pun warna hitam jugak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..ada geng kita! Tulah tu, nasib baik sampai tepat pada masanya. Ye, senang tak banyak cerita nak match dengan baju kan. Haa tepat sekali. Selipar lama lah tapi.

      Delete
  4. Wahhh simple tapi elegant. Bag wanita bekerjaya gitu eheks... Cuya memang tak beli bag, sebab bag yg ad pon tak terpakai .. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple and nice kan. Kalau ada bag, tak perlu dah beli lain.

      Delete
  5. selamat bergaya di pagi raya dgn handbag baru....

    ReplyDelete
  6. Warna hitam senang masuk semua warna baju.....

    ReplyDelete
  7. Cantik . Nampak premium sangat CCL pun suka brand Charles & keith ni . Memang rambang mata kalau tengok design-design . Pemilihan warna hitam , warna selamat nak digayakan dengan semua warna baju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...tak tahu nak pilih yang mana. Ye, hitam tu pilihan paling selamat.

      Delete
Post a Comment