5 Syawal, Kehilangan

Azhafizah MN
By -
38
5 Syawal, sedang menjamu selera sarapan pagi. Ada panggilan masuk dari kakak. Kakak inform yang abang di Melaka (abang kedua) macam dah tenat, sesak nafas, sejuk. Kesihatan arwah merosot dalam setahun dua ni. Entah kenapa masa kakak cakap tu, saya dah rasa macam lain macam dah.

Seolah-olah dapat rasakan abang akan pergi. Cepat-cepat menghabiskan makanan dan bersiap untuk gerak pergi ziarah. Tup tup, akak call sekali lagi, abang dah takda. Inalillahi wainailaihi rajiun...

Allahuakbar...saya terdiam. Tak cakap apa, basuh pinggan dengan banjir air mata! Tak bersedia untuk kehilangan kali kedua selepas arwah abah pergi ke dunia abadi tahun 2022

Raya haritu tak sempat jumpa sebab saya dah balik kampung mentua. Kali terakhir saya jumpa hujung bulan Januari lepas. Tapi masa tu saya dapat ziarah kejap di ICU masa ditidurkan (intubate). Saya hanya bersembang sorang je lah.

Daripada cerita kakak-kakak, masa raya haritu dia okay je balik kampung. Cuma berkerusi roda je lah. Makan berselera, bersembang semua dan jumpa sedara-mara ziarah raya dan ada kenduri di rumah sedara juga. 

Bila berita ni sampai, rasa tak percaya. Arwah seolah-olah macam dia tahu dia akan pergi. Dapatlah dia berjumpa semua dulu sebelum pergi. 

Bergegas lah kami terus pergi ke Melaka. Syukur jalan tak jem menuju ke sana. Sejam lebih sikit dah sampai. Jenazah dah di bawa ke masjid untuk dimandikan, dikafankan dan disolatkan.

5 Syawal, Kehilangan

Selepas mandi, dapatlah kami semua tatap dan cium arwah buat kali terakhir. Melekat jugalah bau kapur barus sebab lama saya cium di pipi. Rasa nak menitik air mata, ditahan juga. Lepas keluar bilik mandi jenazah, terus tak tertahan rasanya. 

5 Syawal, Kehilangan

Dahlah sampai-sampai je dah nampak kakak. Berpeluk lama kami adik beradik dan anak-anak abang. Banjir air mata dah kami semua. Kejap kejap mengalir je. Mak? Dia masih tenang.

Semua urusan terakhir arwah, Allah permudah. Betul-betul lepas solat zohor dan solat jenazah, terus di bawa ke tanah perkuburan. 

5 Syawal, Kehilangan

Cepat urusan pengkebumian dan cepat juga talkin di baca. Selesai sudah urusan arwah di dunia. Kelak, kita akan menyusul. 

14 Februari 1967-14 April 2024
Azlin Bin Md Nor, Tutup usia.
Perginya seorang abang yang kami kasihi. Tinggallah kami 7 beradik, Azhar, Azlina, Azmi, Azmizan, Azlina, Azidah dan Azhafizah yang akan merindui sosok tubuh ini. Suratan yang kami perlu terima dan redha. Kehilangan dan sepi yang akan dirasai sampai bila-bila.
Rehatlah...
Tiada lagi sakit yang perlu ditanggung. Kelak, kami juga akan menyusul.

5 Syawal, Kehilangan

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَۙ
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam

الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِۙ
Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِۗ
Pemilik hari pembalasan

اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُۗ
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan

اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ ۙ
Tunjukilah kami jalan yang lurus

صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ەۙ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّاۤلِّيْنَ ࣖ
(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat
...آمين


اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu
Ya Allah! Ampunilah almarhum, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.

Balik dari Melaka, hujan lebat. Mendung dan gelap macam nak maghrib dah. Padahal baru jam 4 lebih. Seperti memahami isi hati yang sedang berduka. Allahuakbar...Semoga Allah berikan kekuatan buat kami yang kehilangan.

Masa arwah abah meninggal, saya kemurungan lama. Lama saya tak blogwalking, kalau ada yang perasan lah. Baru ni saya cergas semula. Bila kehilangan semula, rasa kekuatan tu hilang semula. Mood menjunam. 

Luaran nampak kuat. Tapi dalaman, rapuh-serapuh rapuhnya.

5 Syawal, Kehilangan

Selesai sudah urusan abang di dunia. Terima kasih untuk segala doa dan ucapan takziah untuk keluarga kami. Terima kasih saudara mara yang datang dan ahli kariah taman yang banyak membantu. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

Ya Allah
Ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kubur nya dan tempatkan arwah di kalangan mereka yang beriman.
Aamiin...
Tags:

Post a Comment

38Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. salam takziah...alfatihah utk arwah abg fiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mendoakan. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
      Aamiin...

      Delete
  2. Innalillahiwainnailahirajiun.
    Al-Fatihah untuk arwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Wina.
      Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
      Aamiin...

      Delete
  3. Innalillahiwainnailaihirojiun...salam takziah Fiza, Al-fatihah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak.
      Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
      Aamiin...

      Delete
  4. Aamiinn ..
    Salam takziah Fizah.. moga keluarganya tabah dan kuat menghadapi ujian ini. Ramai juga adik beradik Fizah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SisLin.
      Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
      Aamiin...
      Ye, kami 8 beradik, 4 lelaki 4 perempuan.

      Delete
  5. Inna lillah wa inna ilayhi rojiun
    Moga Allah mengampuni dan merahmati roh abang Fiza.

    Takziah buat Fiza dan keluarga. Moga kuat menghadapi ujian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Ujie.
      Aamiin...
      Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  6. Ya allah kak fiza, ikut berdukacita dengan meninggalnya abang yaaa. Saya do'akan abang diberi tempat terbaik, diampuni segala kesalahan, dan diterima amal ibadah selama di dunia. Be strong utk semua keluarga yg ditinggalkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...
      Terima kasih Fanny.
      Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  7. Salam takziah, Fizah. Semoga roh arwah abang Fizah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Semoga Fizah dan keluarga juga kuat untuk hadapi ujian ini.
    Akak pula kehilangan sepupu, semalam. Allahuakbar... sorang, sorang pergi tinggalkan kita. Huggsss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...
      Terima kasih Kak Nur.
      Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
      Allahuakbar. Inna lillah wa inna ilayhi rojiun..Salam takziah kak Nur sekeluarga.
      Lately, ramai betul yang kita kenal meninggalkan kita kan.

      Delete
  8. Replies
    1. Terima kasih Kak Nur.
      Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aamiin...

      Delete
  9. Salam takziah buat Fiza dan seluruh keluarga. Semoga arwah ditempatkan di kalangan para solihin aamin 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...
      Terima kasih kak.
      Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  10. Innalillahiwainnailaihirojiun. Al-Fatihah buat arwah. Moga arwah tenang di sana.

    Salam takziah buat Fiza dan keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...
      Terima kasih Kak Farah.
      Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  11. إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

    Semoga sabar dah tabah atas kehilangan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.
      Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  12. Salam takziah. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiiin...
      Terima kasih.
      Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  13. Salam takziah buat Fizah sekeluarga atas kehilangan abang tersayang.
    Semoga arwah ditempatkan bersama orang² yang soleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...
      Terima kasih untuk doanya.
      Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  14. اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ salam takziah untuk fiza sekeluarga...semoga Allah mengampuni segala dosa2 arwah dan menempatkannya dalam kalangan org beriman dan beramal soleh. aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn...
      Terima kasih Anies.
      Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan untuk Anies.

      Delete
  15. Takziah Fiza.....moga beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

    ReplyDelete
  16. Innalillahiwainnailaihirojiunn..

    Masa kita pasti akan tiba cuma entah bila...entah sebentar lagi entahkan 20 tahun lagi

    ReplyDelete
  17. Ya Allah... sedihnya baca entri ini. Kak Amie ketinggalan keretapi, baru sempat ziarah ke sini. Salam takziah Fizah sekeluarga atas kehilangan ahli keluarga tersayang. Allahu Akbar! Dapat rasa suasana pilu ketika itu. Bersabarlah di atas pemergian arwah. Semoga rawah ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh, dilapangkan dan diterangi kuburnya dengan cahaya dan rahmat kasih sayang-Nya. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...Aamiin...Aamiin Ya Rabbal Alamin
      Terima kasih Kak Amie.
      Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  18. Innalillahiwainnailaihirojiun . Salam takziah untuk kak fiza sekeluarga .
    Faham bila kita hilang salah satu ahli keluarga, memang perit nak diterima tapi kena redha .. semoga Allah permudahkan segala urusan akhirat arwah abang kak fiza . Moga ditempatkan dalam golongan ahli syurga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn...
      Terima kasih Lyana. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
      Ya, kita redha.

      Delete
Post a Comment