Doa Akhir Ramadan

Azhafizah MN
By -
10
Kita sudah berada di penghujung Ramadan. Bulan suci Ramadan akan pergi meninggalkan kita. Syawal bakal menggantikan tempatnya. Sudah tentu kita akan merindui Ramadan. Entah kita akan bertemu lagi atau tidak di tahun akan datang. 

baca juga

Sebelum Ramadan berlalu pergi, jangan lupa doa di akhir Ramadan dan semoga berjumpa di bulan Ramadan tahun akan datang. InshaAllah, dengan izin Allah jika dipanjangkan usia kita.

Doa akhir Ramadan

أَللَّهُمَّ لاَ تَجْعَلْهُ آخِرَ الْعَهْدِ مِنْ صِيَامِنَا إِيَّاهُ، فَإِنْ جَعَلْتَهُ فَاجْعَلْنِيْ مَرْحُوْمًا وَ لاَ تَجْعَلْنِيْ مَحْرُوْمًا
Allahumma laa taj'alhu aakhiral 'ahdi min shiyaamina iyyaah, fain ja'altahu faj'alnii marhuuman wa laa taj'alnii mahruuma.

Maksudnya : " Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati bukan yang hampa semata."

Doa akhir Ramadan

Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati2 kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa keampunan dosa2 kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke syurga untuk kami.
Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.
Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadan maupun selepas Ramadan.
Ya Allah, berakhirnya Ramadan yang berlalu pergi ini, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.
Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadan Al Mubarak yang akan datang.
Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.
Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu. Limpahilah kami dengan sifat-sifat kebaikan dan terpuji. Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.
Aamiin yaa rabbal 'aalamiin
Tags:

Post a Comment

10Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Amin YRA. Semoga semua amalan kita diterima dan diampunkan segala dosa-dosa

    ReplyDelete
  2. Tidak tahu pula ada doa untuk akhir Ramadhan
    Tq ingatkan.

    ReplyDelete
  3. Sekajap sahaja Ramadan nak tinggalkan kita . Moga setiap amalam kita diterima olehNya

    ReplyDelete
  4. tinggal sehari je lagi
    thn dpn ntah ada umur ke tak nak jumpa ramadan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejap je kan. Semoga ada rezeki lagi kita bertemu Ramadan.

      Delete
Post a Comment