Responsive Ad Slot

Slider

Membeli Kopi Di Kenangan Coffee Bandar Prima Senawang

Membeli Kopi Di Kenangan Coffee Bandar Prima Senawang, hazelnut latte, kenangan latte, matcha latte dan croissant
4 Syawal haritu beraya dan ziarah mak cik encik suami. Masa raya 1 Syawal haritu tak berjumpa sebab makcik sakit. Jadi, kita pergilah ziarah. Balik tu singgah ke Kenangan Coffee Bandar Prima Senawang alang-alang dah dekat. 

Baru tahu ada Kenangan Coffee di sini sebab terperasan masa tengok di Foodpanda. Jomlah kita singgah membeli kopi sebelum balik ke rumah.

Encik suami buat pesanan, kita duduk menunggu dan ambil gambar je lah. Macam biasa pesan hazelnut latte panas, matcha latte dan kenangan latte. Beli juga croissant dan chocolate roll Danish. Lupa pula apa nama penuh dia. 

Kenangan Coffee Bandar Prima Senawang

Kenangan Coffee Bandar Prima Senawang ni macam kurang orang. Mungkin sebab baru dibuka atau tak ramai yang tahu. Ruang dalaman dia luas, tak sempit macam sesetengah outlet.

Kenangan Coffee Bandar Prima Senawang
Menu Kenangan Coffee

Tak lama menunggu, pesanan kami pun siap. Bolehlah ambil di kaunter pick up. 

Kenangan Coffee Bandar Prima Senawang

Dah ambil lepas tu lupa pula nak gambarkan apa yang kami pesan. Benda dah lupa, kita abaikan je lah. Menu sama je pun macam sebelum ni. Tapi chocolate roll Danish tu memang sedap. Bau butter dia tu memang membangkit selera. 

Pernah cuba juga blueberry Danish. Pun sedap juga. Silalah cuba. Kenangan Coffee dah jadi favourite cafe dah.  Kopi dan matcha sodap! 



22
( Hide )
  1. Balik ke Senawang nanti bolehlah saya cuba

    ReplyDelete
  2. Uncle pernah cuba jenama Kenangan ni... not bad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..boleh tahan lah jugak. Sempat swafoto tak uncle?

      Delete
  3. Harap-harap ada kesempatan untuk cuba. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ada rezeki akak dapat mencuba rasa nanti. Aamiin...

      Delete
  4. dah makin byk dah cawangan KC ni
    tp sy x penah beli kopi dia
    kalau teh dah byk kali dah
    sedap
    kena dgn tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Perasan juga dah banyak cawangan. Bagus tu senang nak membeli di mana-mana. Nak try juga teh tapi tulah, asyik kopi je lah yang dipesannya pun. hihi..Anies sila cuba kopi pulak. heee...

      Delete
    2. kalu beli teh tarik dia minum cpt2
      dah sejuk rs mcm x sedap
      lbh manis je...
      ni pd tekak sy laa

      Delete
    3. Ohh macam. Baiklah, kot teringin sesekali cheat day boleh dicuba nanti.

      Delete
  5. Nak kena singgah la kopi ni untuk try kopi dia. Tak pernah singgah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila singgah kak, berbaloi dengan harganya. Menu menu lain pun sedap.

      Delete
  6. belum pernah cuba lagi coffee dari kedai ni..tak kisahlah dari mana2 outlet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba nanti kot tersinggah nak mengopi ke kan.

      Delete
  7. Mana tahu nanti kami balik Malaya jalan-jalan Senawang. Bolehlah singgah mengopi di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau terlimpas Senawang tu boleh singgah beli kopi kat sini kak Amie.

      Delete
  8. Kalau sedap memang bebaloi datang. Susunan menu pun kemas je tengok.

    ReplyDelete
  9. kawan mama kata sedap kopi kenangan ni tapi mama tak cuba lagi. sedap x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, mostly yang saya cuba memang sedap rasa dia. Nanti cubalah mamapp.

      Delete
  10. Kat Senawang yer . Take note . Kalau jejalan ke sana boleh la singgah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu