Telefilem Perang Panjut Tujuh Likur (TV1)

Azhafizah MN
By -
5
Tonton Telefilem Perang Panjut Tujuh (7) Likur pada hari Sabtu, 6 April 2024 jam 9:00 malam di Slot Panggung RTM TV1 dan strim online menerusi platform RTMKlik atau aplikasi RTMKlik.

Telefilem ini merupakan karya sutradara Epo Jenon terbitan Unit Drama TV RTM dengan skrip ditulis oleh Roydu Rokidy sempena hari raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Perang Panjut Tujuh Likur

TELEFILEM PERANG PANJUT TUJUH LIKUR

Waktu siaran : Sabtu, 6 April 2024, jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Panggung Sabtu RTM TV1
Strim online : RTMKlik
Penulis skrip : Roydy Rokidy
Pengarah : Epo Jenon
Produksi : Unit Drama TV RTM

PELAKON DAN WATAK

Dibintangi oleh Datuk Fauziah Nawi, Datin Fadilah Mansor, Hamidah Wahab, Dalimawati, Idan Aedan, Raff Roslee, Dina Allysha,  Fathil Dani, Baqir Jamalullail, Jeri, Sayyid Bakir dan ramai lagi.

SINOPSIS

Mengisahkan tentang tiga wanita veteran yang dahulu semasa mudanya bersahabat baik, Hanan, Numa dan Sabariah. Disebabkan satu kejadian terjadi, mereka bermusuh sehingga masing-msiang sudah berkahwin dan mempunyai anak yang belajar di universiti. 

Apabila menjelang Ramadan, Tok Su Piah (Ketua Kampung Wanita) mahu mengadakan pertandingan Pesta Panjut bagi meraikan malam tujuh likur di kampung mereka.

Ikuti kesudahan kisah mereka dalam Telefilem Perang Panjut 7 Likur di TV1 pada hari Sabtu, 6 April 2024 jam 9:00 malam.

Post a Comment

5Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment