Selamat Hari Kesedaran Autisme 2024 : Apakah Autisme Dan Tanda-Tandanya

Azhafizah MN
By -
12
Selamat Hari Kesedaran Autisme (World Autism Awareness Day) 2024 atau dikenali dengan nama Hari Peduli Autisme. 

Selamat Hari Kesedaran Autisme 2024
sumber : KKM

Hari Kesedaran Autisme

Hari Kesedaran Autisme disambut pada tarikh 2 April setiap tahun. Sambutan ini merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang memahami penghidap autisme untuk terus memberi sokongan kepada mereka yang berjuang dengan autisme dan juga penjaga mereka yang kuat dan sabar dalam mengharunginya.

Tema Hari Hari Kesedaran Autisme Sedunia 2024

Tema Hari Kesedaran Autisme Sedunia 2024 membawa tema slogan :
Moving from surviving to thriving: Awareness, acceptance and appreciation

Apakah Autisme [AW] + [TI] + [ZUHM]

Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) merupakan suatu gangguan neurologi di otak yang mempengaruhi perkembangan pemikiran kanak-kanak yang mengganggu komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku dalam menjalankan aktiviti seharian.

Selamat Hari Kesedaran Autisme 2024
sumber : KKM

Dari sudut perubatan, masih belum terdapat ubat yang boleh merawat autisme. Walau bagaimanapun, terapi dapat membantu mereka untuk mendapat kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka mengurus diri, belajar dan berkomunikasi dengan orang lain. 

Antara terapi yang penting untuk kanak-kanak autisme adalah terapi pertuturan-bahasa dan terapi carakerja.

Simtomp atau tanda-tanda Autisme

Pada ketika ini, tiada ujian perubatan khas seperti ujian darah, pengimejan dan sebagainya yang dapat digunakan untuk mengesahkan autisme. 

Diagnosis masalah autisme hanya dapat dilakukan secara pemeriksaan klinikal iaitu berdasarkan pemerhatian dan rekod tingkah laku komunikasi dan tahap perkembangan kanak-kanak.

Selamat Hari Kesedaran Autisme 2024
sumber : KKM

Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak perlu sensitif dengan tanda-tanda ASD dan perkembangan anak masing-masing. 

Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak juga perlu segera merujuk kepada doktor perubatan untuk kepastian dan pemantauan. Intervensi awal amat penting dalam membantu perkembangan kanak-kanak.

Post a Comment

12Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Replies
    1. Hari kesedaran Austisme, tak mengira peringkat umur.

      Delete
  2. Saya baru tahu kemarin hari autism. Salah satu anak saudara saya ada yg autis juga. Tapi rasanya setelah pengobatan terapi yg dilakukan, sudah agak better lah. At least dia dah bisa sedikit komunikasi dengan orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kena ada rawatan yang sesuai dari peringkat awal. Austisme setiap pesakit tak sama.

      Delete
  3. Ada juga Autism yang teruk juga kan....ada yang mild.......

    ReplyDelete
  4. Terimakasih infonya kak

    Sayang sekali di desa-desa masih belum banyak kesadaran ttg hal autis ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.
      Ye, agak susah juga untuk memberikan kesedaran kepada mereka. Eloklah kita share supaya lebih ramai tahu.

      Delete
  5. semoga Masyarakat lebih peka dgn anak2 autisme kita.. aminn

    ReplyDelete
Post a Comment