Gadgets

Telefilem Bakal Menantu Hajah Noraini

Tonton Telefilem Bakal Menantu Hajah Noraini bersiaran pada hari Sabtu, 27 April 2024 jam 9:00 malam di Slot Panggung RTM TV1 atau secara penstriman lansung online menerusi platform RTMKlik atau aplikasi RTMKlik.

Bakal Menantu Hajah Noraini

Telemovie ini merupakan karya Yen Osing terbitan Trbituon Studion yang menampilkan barisan pelakon seperti Danial Dashuki, Nora Danish, Khatijah Tan, Zulin Aziz, Kimberly Chuah, Satthiya Kandi dan ramai lagi.

Ingat lagi Yah Kucai, Mee kari kuah laksa dalam francais Kampong Pisang? Pelakonnya Afea Deanna turut berlakon dalam Telefilem bergenre komedi ini.

TELEFILEM/TELEMOVIE BAKAL MENANTU HAJAH NORAINI

Waktu siaran : Sabtu, 27 April 2024, jam 9:00 malam
Siaran TV : TV1
Strim online : RTMKlik
Pengarah : Yen Osing
Produksi : Tribution Studio

PELAKON/CAST DAN WATAK

Dibintangi oleh Danial Dashuki, Nora Danish, Khatijah Tan, Zulin Aziz, Kimberly Chuah, Satthiya Kandi, Afea Deanna dan ramai lagi.
  • Danial Dashuki seabgai Syed Husin
  • Nora Danish sebagai Mona
  • Khatijah Tan sebagai Hajah Noraini
  • Zulin Aziz sebagai Kalsum
  • Kimberly Chuah sebagai Lilian
  • Satthiya Kandi sebagai Puspa
  • Afea Deanna sebagai Ecah Posto

SINOPSIS

Kisah bermula dengan kepulangan anak tunggal Hajah Noraini iaitu Syed Husin ke kampung selepas tamat pengajian di Mesir telah mengecohkan para wanita di kampung termasuklah tiga orang sahabat baik iaitu Kalsom, Puspa dan Lilian. Syed Husin tahu Hajah Noraini memilih calon isteri untuknya, namun sebaliknya berlaku.

LAGU TEMA (OST)

Tajuk lagu : Dan Ketika Ini
Penyanyi : Zulin Aziz

Ikuti kisah mereka dalam Telefilem Bakal menantu Hajah Noraini pada hari Sabtu, 27 April 2024 jam 9:00 malam di TV1 dan RTMKlik.

14 comments:

  1. Baru lepas tengok tadi. Nasib baik tak jadi menantu. 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupanya ada udang di sebalik batu. Awal-awal dah macam sus sangat Mona tu kan.

      Delete
  2. Oh, kita ada tengok sedutan dia kat TT, satu babak Zulin, satu babak Yah Kuchai, kelako 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Perasan gak teaser tu. Kelakar je dorang ni kan. Watak penyeri.

      Delete
  3. Sempat juga layan cerita ni semalam . Best ! Semuanya berlakon di negeri Perlis

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah..layan juga. Watak-watak tu kelakar je kan. Ya, ada baca juga lokasi penggambaran tu di Perlis. cantik!

      Delete
  4. Sayang tak bisa nonton. Kalo melihat poster nya nampak menarik dan lucu 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disana tak boleh access ya platform RTMklik tu. Kalau boleh, boleh juga tonton secara strim langsung. Cerita komedi, menarik untuk ditonton.

      Delete
  5. ooo ni laa yg sy nampak semalam kat IG
    video si satthiya
    tgh tgk TV
    tup tup muncul muka dia dlm tv...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..before ditayangkan banyak juga tengok klip teaser dia kat medsos. Tu yang nampak macam menarik je cerita ni kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.