10 Cara/Tips Untuk Pikat Hati Suami. Tak Perlu Manja, Yang Penting Solehah

Azhafizah MN
By -
2
Tak perlu manja, yang penting solehah kata Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Isu 'MANJA' yang sedang menjadi bualan netizen sekarang. Yang Tahu Je Tahu (YTJT). Isteri solehah tak perlu manja sepanjang masa, cukup lakukan 10 hal ini untuk pikat hati suami.

Suami sendiri ye bukan suami orang. Ingat tu!

cara untuk memikat hati suami

10 Cara/Tips Untuk Pikat Hati Suami

  1. Temankan suami makan walaupun kamu sudah makan. Ramai suami rasa terbiar dan bersendirian selalu. Amalkan makan bersama suami sambil kamu sendiri boleh lihat dia menikmati juadah dari air tanganmu sendiri.
  2. Pandang suami dengan lemah lembut, senyum, kata yang manis, sentuh dengan mesra dan peluk dia semasa pergi dan pulang kerja.
  3. Rawat suami dengan penuh kasih sayang semasa dia sakit. Sentuhan dan kata-kata manis mampu bertindak sebagai penawar yang mujarab.
  4. Mengalahlah pada suami bagi perkara yang harus. Suami kadangkala rasa kecewa kalau kamu terlalu lantang atau melawan katanya.
  5. Tutup diri kamu daripada sebarang lelaki lain. Pastikan menutup aurat dengan sempurna dan jaga batas perbualan dengan bijaksana.
  6. Berterima kasihlah dengan suami walaupun hal sekecil-kecilnya.
  7. Ramai penghuni neraka adalah dari wanita yang menyumpah seranah dan tidak bersyukur kepada suami mereka. Elak daripada khianat atau sabotaj suami.
  8. Kejutkan suami untuk solat tahajud dan isteri juga turut melakukannya bersama-sama. Ia adalah amalan yang dapat mengharmonikan rumahtangga serta menerangkan kubur.
  9. Kekalkan sifat malu dalam diri wanita. Wanita yang hilang sifat ini adalah mereka yang hilang martabat dan maruah diri.
  10. Bila suami pulang kerja, beri dia rehat 30 minit. Usah terus menerus terjahnya dengan pelbagai soalan. Bawakan air dan beri urutan untuk dirinya tenang dan berehat.
 
Semoga catatan dan pesan Tok Abah ini, para isteri ambil perhatian dan jalankan tanggungjawab kalian sebaiknya ya. Yang baik kita ikut.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

sumber : facebook Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Maksud manja tu barangkali yang suka mengada-ngada hihihiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..secara generalnya macam tu lah kot kan Kak Amie :)

      Delete
Post a Comment