Pokok Rosemary dan Pudina Murah

Thursday, December 05, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Cerita pokok lagi??? Musim mood bercerita tentang pokok je lah sekarang ni sebab gambar makanan pun tak berapa nak ada dalam handphone. Kekurangan mood nak ambil gambar sekarang ni. Jadi, mana gambar yang ada, kita up dulu dalam blog. Entri ni berkaitan dengan entri Pokok Kastuba yang Fiza dah update semalam. Kekecewaan mencari bayam brazil yang tak ada tu, digantikan dengan pokok rosemary dan pudina pun bolehlah.

Sebenarnya dah lama juga nak membeli pokok herba ni. Senang nak guna bila nak memasak. Dapat guna yang fresh lagi seronok dan sedap. Lagipun bila beli tu, biasanya dijual dengan kuantiti yang banyak tapi nak guna sikit je. Sudahnya lebihan tu tak tahu nak guna untuk masak apa dan membazir je kalau tak guna.


Mulanya nak beli pokok pudina je tapi nampak pokok rosemary tu macam cantik macam menarik je. Tanya harga, Rosemary RM10 dan pudina pun RM10. Okay, harga masih berpatutan dan boleh tahan murah lah kot pada Fiza berbaloi dengan saiz pokok tu. Rimbun daun dua-dua pokok ni. Itu yang macam nak sangat beli. 

Senanglah nak buat air lemon atau soda herb tu tambah daun pudina. Petik je! Nak masak spaghetti ke nak grilled ayam ke petik daun rosemary tu. Rosemary ni ada dua jenis pokok. Satu lagi yang tegak je pokok dia. Yang Fiza beli ni jenis menjalar dan bau lebih kuar daripada yang satu lagi kata pekerja nursery tu.

Letak kat ruang makan je lah, senang nak guna nanti petik je. Kalau letak luar risau tak hidup sebab kat luar tu direct terus cahaya matahari. Pokok macam ni letak tempat redup sesuailah. Pokok pudina tu kena rajin trim juga tu baru tumbuh elok akan datang. Cadang nak propagate ke pasu lain sikit kalau ada masa. Buat masa ni kena perhati perkembangan pokok dulu dengan suasana baru.

Letak kat rak ruang makan tu pun okay juga. Boleh buat dekorasi sambil menikmati bau segar daun pudina dan rosemary. Menarik bukan? Silalah tiruvasi jika suka. Pengaruh rakan sebaya sangat kan!


With Love, Sihatimerahjambu

53 comments

  1. pokok pudina tu tahan lasak, teringat dulu akak ada tanam pudina lepas tu akak cuti selama 2 minggu pokok tu masa tu dah nampak kering, tapi hari2 akak siram air lepas seminggu segar semula dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus tu kalau tahan lasak. risau juga kalau pokok tak sihat dan susah nak jaga. tq share pengalaman kak.

      Delete
  2. ala syoknya. paling best pokok pudina. makan dengan laksa sedap nyaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann kak..potong halus masuk dalam laksa terbaik rasanya.

      Delete
  3. Pokok herba memang musuh utama juga dengan saya.. gibab terus nak buat herbs corner.. hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak tanam ke camne ye? syoknya kalau dapat merealisasikan herbs corner tu.

      Delete
  4. Ialah letak kat dapur senang je nak petik kan.

    Sihat-sihat dan subur menghijau si herba-herba tu.

    Mrs. A baharu je mencuba makan bayam brazil okaylah boleh layanz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kalau tengok pokok hidup sihat. sedang usaha mencari bayam brazil yang tak jumpa lagi benihnya. huhu

      Delete
  5. Tanaman Rosemary cocok ya buat di taro dalam ruangan dan bisaenjadi tbahan sepageti

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul sangat sesuai dan mudah digunakan untuk masak spaghetti :)

      Delete
  6. owh, kena letak tempat redup dua2 pokok tu ye.

    ReplyDelete
  7. Tengok gambo Fiza yang cantik ni tetiba terus teringin nak beli jugaklah. Kat man Fiza beli tu ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli kat Nursery Bunga macam seperti yang diceritakan dalam entri :)

      Delete
  8. aku pun baru tahu kalau Pudina dan Rosemary itu ada kegunaan selain dekorasi, aku tahunya kalau tanaman ini hanya dekorasi rumah lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, rosemary dan pudina adalah jenis pokok herba yang tujuan utamanya untuk masakan dan kesihatan. Bukanlah tujuan utamanya tanam pokok ni untuk dekorasi. Dekorasi ni sambil² ajer.

      Delete
  9. Dapat imagine harumnya Pudina..mcm2 guna eh...3 in 1...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila siram air lagi sedap baunya tau. macam² kegunaannya.

      Delete
  10. selalu tengok kat dalam tv chef chef bila masak western, diorang petik je yg fresh mcm yg Fiza beli ni. Good job Fiza.. lagi bertambah semangat lah nak masak ye hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dapur besar ikutkan nak tanam semua herba ikut style chef main petik je..hihi..masakan kita xde campur dua ni..kena western lah hari hari..

      Delete
  11. Eh murahnyaaa RM10 aje; haritu Nani jumpa orang jual RM 20 satu pasu tak jadi nak beli. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang beli terus tu Nani. Kalau puluhan fikir banyak kali juga nak beli.

      Delete
  12. cantiknya susun macam tu..ni bagi kite idea nih

    ReplyDelete
  13. segar bugar je pokoknya. teringin juga nak menanam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru beli memang segar bugar sebab nursery jaga elok.. ni masih tengah pantau pembesaran dia.

      Delete
  14. herba2 mcm ni sesuai tanam je. nk guna petik sikit, sbb kalau beli, guna sikit pastu buruk yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kalau beli dia jual banyak lepas tu guna sekali je tu kan. lain tu tak guna sampai rosak. huhu

      Delete
  15. Musim berkebun ke ni..semua rakan bloggger share gambar tanaman. Rasa nak join plak

    ReplyDelete
  16. pokok hiasan ini boleh memenangkan fikiran

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokok herba ni untuk kegunaan masakan..hiasan tu kira no.2 :) memang menenangkan tengok tumbuhan hijau dalam rumah

      Delete
  17. masa mama tanam pokok pudina dulu merasa gak selalu guna letak dlm air.. tapi tu lah kena serangan siput babi huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. letak kat luar ye kak? kena tanam dalam rumah lah macam tu baru siput takde kot..ini pun dok pantau..harap okaylah

      Delete
  18. i really love your updates these days. plus semua gambar cntik2

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. Seremban Landscape & Nursery depan petronas ke Bukit Putus Pilah tu

      Delete
  20. seronok tgk pokok2 renek dlm rumah nih. yg banyak guna nih lagi bagus kalau tanam.

    ReplyDelete
  21. pokok ni memang aida nak mencari.
    daun pudina tu terutamanya.
    this kind of indoor plant aida suka, fiza.
    hijau dapur kita. nice. sometimes, ada bau-bauan dari daun semua ni, kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena beli banyak pokok herba lah camtu kak. letak kat dapur memang best bau dia.

      Delete
  22. Berbaloi harga dia tu..
    Daun pudina tu wangi sangat.. Sha pun suka..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.