Header Ads

Bungkusan Parcel Terbarai


Terkejut tengok abang pos laju pegang plastik besar kat depan pagar rumah hantar parcel. Rasanya yang dibeli takdelah sebesar plastik besar tu. Dah gaya macam nak buang sampah je. Err..mesti bungkusan parcel terbarai ni. Tanya kat abang pos laju tu, "bungkusan parcel rosak ke?pecah ke?" Tapi kami dah bungkus semula dah katanya. Pandang gitu je tak terlintas pulak nak belek belek kot barang ada pecah ke. Dah la beli barang makanan.

Kalau pecah, akak redha je dik. Takde rezeki lah namanya tu. Tak belek apa, terus sign je. Masuk rumah, terus buka bungkusan plastik yang gedabak besar ni.


Fuh! Nasib baik barangnya tak rosak. Nasib juga botol plastik. Bagus kalau peniaga dah balut barang dengan bubble wrap. Kurang risiko nak rosak. Sebelum ni ada beli juga tapi beli setakat 1 je sebab nak rasa. Kali ni nak restok, jadi belilah banyak sikit. Kebetulan pula nak jadi bungkusan terbarai tu. Alhamdulillah barang masih okay. Syukur rezeki masih ada.


Nak salahkan siapa? Peniaga? Pihak pos laju? Dua-dua pun tak salah. Peniaga dah elok-elok bungkus dan pos laju pun bertanggungjawab bungkus semula dan sampaikan dengan selamat. Nak puji juga sikap pos laju sebab bungkus semula. Kalau dia bagi yang terbarai gitu je memang nangis la jawabnya. Biasalah kalau kadang-kadang ada masalah dengan penghantaran ni. Mereka juga manusia biasa yang buat kerja tapi kalau barang yang sangat bernilai tu memang kena minta ganti rugi.

Sebelum ni pernah 2 kali dapat parcel pecah. Yang dikirim tu mug. Bukak je bungkusan memang dah pecah. Mungkin masa proses penghantaran dorang main campak je sebab tak tahu apa dalam bungkusan kan. Kalau hantar barang yang mudah pecah better letak sticker fragile tu. Itupun kalau mereka perasan dan tak campak. Kalau dorang nampak sticker tapi campak juga. Tak tahu nak kata apalah kan. Sekurang-kurangnya ambil langkah berjaga-jaga dengan letak sticker fragile tu. Fiza anggap apa yang Fiza dapat pecah tu bukan rezeki lah nampaknya.

Mug dari Blogger Emas Putih
Mug dari Blogger Shikin Razali

Yeay, stok pes mee goreng mamak dan pes char kuew teow dah sampai. Senang hati nak memasak kat dapur. Masakan pun jadi sedap!. Hehehe

18 comments:

  1. kdg dh tmpl stikcer pun still ada brg pecah. mmg risiko kalau brg kaca ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tampal stiker tu dah okay dah. cuma kalau pecah tu xde rezeki la namanya kan..risiko tetap ada.

      Delete
  2. Ahaa la kan.. nak buat camne dah bukan rezeki kan

    ReplyDelete
  3. Laa, yea ke kak..? huhuhu sori yea kak, kesian akak dpt hadiah yang pecah... ;( next time saya akan lebih berhati2 lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe..kan dah hantar hadiah ke dua haritu kan..buat susah je..terima kasih ye

      Delete
  4. Nampak best plak sos tu ha....menarik..okey nanti akak skodeng IG tu...nasib baik pos laju tolong bungkus ngan plastik besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab best repeat order kak. cepat kerja masak dan sedap!

      Delete
  5. alahaii..teringin jugak nak beli ngn diorang ni..nanti senanglah memasak kan

    ReplyDelete
  6. Sebab tu akak tak berani nak beli barang2 kaca ni melalui online..mesti nangis la kalau pecah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak beli tapi dapat hadiah. yang beli ni pun botol plastik. tapi risiko brg rosak tu tetap ada.

      Delete
  7. sampai repeat order tu..mesti sedaplah kan? :)

    ReplyDelete
  8. sedihnyaa! nak salahkan sapa eh..poslaju pun kdg3 main baling2 brg juga..emmm

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.